
Di Balik Lembaran Ilmu: Menelusuri Pemikiran & Perjuangan PMX
October 22, 2025
Cahaya Ilmu dari Syam: Syeikh Hammam & Warisan Hadis Nabawi
October 22, 2025








Mengikuti perkembangan sangat menarik pilihanraya Datuk Bandar New York, bandar terbesar dan terkaya di Amerika Syarikat. π²πΎπΊπΈπ΅πΈ Saya mempunyai pengalaman membuat kajian akademik dan berkhidmat di negara Uncle Sam tersebut.
Persaingan sengit antara Zohran Mamdani dan Andrew Cuomo. Zohran adalah seorang Muslim berumur 33 tahun dan dikenali sebagai seorang yang pro-Palestin dan kritikal terhadap rejim. π΅πΈ
Zohran menang dalam New York Mayoral Primary dengan bergaya – menewaskan Andrew Coumo yang jauh lebih senior dan berpengaruh. Zohran Mamdani masih jauh mendahului Andrew Cuomo dalam Pilihanraya kali ini yang dijadualkan pada 4 November 2025.
Namun, Andrew Cuomo boleh menyaingi Zohran sekiranya calon lain menarik diri. Ada usaha untuk mengelakkan Zohran menang. Seorang calon telah menarik diri iaitu Eric Adams dan diberitakan seorang lagi calon Curtis Sliwa juga akan berbuat demikian bagi mengelakkan Zohran menang.
Presiden Donald Trump juga mempertimbangkan langkah menyekat kemaraan Zohran. Pelbagai berita mengaitkan Zohran dengan kegiatan keganasan juga dilakukan. Zohran berdepan dengan calon yang jauh kaya disokong oleh hartawan dan elitis.
Walau apapun dilakukan, Zohran masih mendahului dan mendapat sokongan majoriti terutama rakyat bawahan. Sokongan beliau terhadap Palestin dan kecaman terhadap Zionis Israel selain polisi dan manifesto menarik yang dibawa langsung tidak mengurangkan sokongan.
Perkara ini menunjukkan antaranya perubahan besar dan dramatik bagaimana persepsi umum rakyat Amerika terhadap isu Palestin dan Gaza yang semakin positif. Hari mengundi pada 4 November ini akan menentukan keputusan sama ada sejarah baharu akan tercipta atau kembali ke ‘status quo’.
Moga sejarah baharu tercipta di New York sebagai penanda pemula kebangkitan di serata dunia, insya-Allah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πͺβ‘Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. π€²π²πΎ
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





