11 dan 18 April: Kumpulan Pertama Petugas & Jemaah Haji Malaysia Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Menteri Agama Tampil dalam Ruang Bicara BERNAMA: Tabayyun & Krisis Tenaga Global
April 23, 2026
Menteri Agama Ketuai Lawatan Kerja ke Terengganu, Hadiri Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H
April 24, 2026
Menteri Agama Tampil dalam Ruang Bicara BERNAMA: Tabayyun & Krisis Tenaga Global
April 23, 2026
Menteri Agama Ketuai Lawatan Kerja ke Terengganu, Hadiri Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H
April 24, 2026
Show all

11 dan 18 April: Kumpulan Pertama Petugas & Jemaah Haji Malaysia Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Alhamdulillah, langkah pertama menuju Tanah Suci bermula pada 18 April 2026. Seawal 4:05 pagi, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah berlepas dari KLIA Terminal 1 menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050.

IMereka tiba di Madinah pada jam 7:50 pagi waktu tempatan. Perjalanan yang bukan sekadar perjalanan biasa, tapi perjalanan hati menuju redha Ilahi.

Turut sama hadir mengiringi pelepasan ini, barisan pemimpin dan tetamu kehormat termasuk Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), serta kepimpinan Tabung Haji. Seramai 284 jemaah menjadi pembuka tirai musim haji 1447H/2026M.

Wajah-wajah mereka penuh senyuman, semangat dan harapan – satu kobar semangat yang cukup menyentuh jiwa. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap doa diangkat ke langit, dan setiap ibadah diterima Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Doa buat para tetamu Allah:

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.
يَا عَزِيْزُ يَا غَفُوْرُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah haji ini haji yang mabrur, sa’i yang diterima, dosa yang diampuni, amal soleh yang dikabulkan, dan rezeki yang tidak akan rugi selamanya. Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, Tuhan sekalian alam.”

Semoga semua jemaah diberi kesihatan, kekuatan dan pulang nanti sebagai haji yang mabrur. Amiin.

Terdahulu, pada 11 April, telah berlangsung Majlis Pelepasan Petugas Haji bagi Musim Haji 1447H/2026M ke Tanah Suci, di Sepang. Seramai 141 petugas kumpulan awal telah berangkat, terdiri daripada warga kerja Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta wakil agensi media. Masing-masing hadir dengan satu niat yang sama – untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada para jemaah.

Segala persiapan telah diatur rapi, dan jelas terpancar semangat luar biasa dalam kalangan petugas kita. Inilah wajah sebenar khidmat yang berteraskan amanah dan keikhlasan. Petugas Haji Malaysia sentiasa dikenali dengan kualiti perkhidmatan yang tinggi, malah sering menjadi contoh kepada negara lain.

Semoga setiap usaha ini menjadi ibadah dan diberkati Allah Subhanahu wa-Ta’ala, serta dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci.

Saya sempat singgah melawat Galeri Haji yang terletak di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang, Selangor. Alhamdulillah, Galeri Haji yang dibangunkan oleh Tabung Haji ini bukan sekadar ruang pameran biasa, tetapi menjadi pusat rujukan yang menghimpunkan sejarah pengurusan ibadat haji di Malaysia – satu usaha yang sangat bermakna untuk generasi hari ini dan akan datang.

Di sini, kita boleh lihat bagaimana perjalanan pengurusan haji direkodkan dengan penuh teliti melalui penyelidikan, penerbitan, dokumentari video, dan juga koleksi artifak yang signifikan. Memang membuka mata dan menambah rasa syukur!

Saya sangat galakkan semua, khususnya anak muda, untuk datang dan hayati sendiri pengalaman ini. Bukan saja tambah ilmu, tapi juga lebih menghargai usaha besar di sebalik ibadah haji.

Tahniah Tabung Haji atas inisiatif yang penuh manfaat ini. Semoga terus jadi asbab kebaikan untuk ummah. Jom singgah ke Galeri Haji – masuk percuma!

Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

#SebarkanSalam
#MadaniMembantu

📸 Shafiq (Media YBM HEA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support