Sekitar Lawatan Kerja Rasmi Menteri Agama di Sarawak

Mesyuarat Sekretariat Perundangan Syariah, di Kompleks Islam Putrajaya
April 23, 2026
Menteri Agama Tampil dalam Ruang Bicara BERNAMA: Tabayyun & Krisis Tenaga Global
April 23, 2026
Mesyuarat Sekretariat Perundangan Syariah, di Kompleks Islam Putrajaya
April 23, 2026
Menteri Agama Tampil dalam Ruang Bicara BERNAMA: Tabayyun & Krisis Tenaga Global
April 23, 2026
Show all

Sekitar Lawatan Kerja Rasmi Menteri Agama di Sarawak

Alhamdulillah, usai program di Sepang, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur, saya dan pasukan selamat tiba di Kuching, Sarawak untuk meneruskan urusan rasmi seterusnya. Perjalanan diteruskan, misi tetap sama – berkhidmat demi ummah.

Pagi dimulakan dengan langkah ke Masjid India Kuching untuk menunaikan solat Subuh. Tenang, damai – suasana yang cukup menyentuh jiwa dan mengingatkan kita tentang tujuan sebenar kehidupan.

Kebetulan, YAB Datuk Amar Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri II, turut sama menunaikan solat di sini. Momen sederhana, tetapi penuh makna.

Saya turut mengajak pasukan saya bertugas di sini, untuk sama-sama mengimarahkan masjid. Kerana kekuatan sebuah pasukan bukan hanya pada gerak kerja di lapangan – tetapi juga pada hubungan dengan Allah Subahanahu wa-Ta’ala yang dijaga bersama.

Mulakan hari dengan Subuh berjemaah – insya-Allah langkah kita lebih terarah!

Alhamdulillah, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi telah berkenan menerima kunjungan hormat kami dan delegasi bertempat di Astana Negeri, Petra Jaya, pagi ini.

Turut disertai oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak; YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM; dan YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.

Turut menyertai kunjungan kali ini adalah Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Mufti Negeri Sarawak; YBrs. Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak; YBrs. Encik Nor Azamir bin Alias, Pengarah Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak; YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak; serta YBhg. Datuk Hajah Nurlaila binti Haji Said, Pengarah Wilayah Sabah & Sarawak, Lembaga Tabung Haji Sarawak.

TYT Tun Pehin Sri turut berkenan menyaksikan penyerahan zakat perniagaan dari Lembaga Tabung Haji Sarawak sebanyak RM 1,862,466. 09 kepada Tabung Baitulmal Sarawak dan Sumbangan Bantuan Banjir sebanyak RM 250,000.00 Tabung Musa’adah JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) kepada Majlis Islam Sarawak.

Setinggi terima kasih kepada TYT Tun Pehin Sri dan Toh Puan dan semoga kerjasama erat terus terjalin antara institusi agama peringkat persekutuan dan negeri Sarawak.

Meneruskan lagi acara dengan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kompleks Satria Pertiwi.

Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna bagi memperkukuh lagi hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak, khususnya dalam aspek pengurusan Hal Ehwal Islam di negeri ini.

Turut hadir Timbalan Menteri JPM (HEA), Senator Puan Marhamah Rosli dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Kami meneruskan program Riadah Madani di Kuching, Sarawak. Kali ini perlawanan tiga penjuru antara Pasukan Pilihan YBM HEA FC menentang JAKIM Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Perlawanan berlangsung dengan penuh meriah dan semangat ukhuwah. Kami solat jemaah beramai-ramai di padang setelah masuknya waktu solat.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan di pihak pasukan YBM HEA FC, dengan berjaya menumpaskan kedua-dua pasukan! Jom riadah; barulah selesa nak beribadah!

Saya dan pasukan meneruskan lagi program Himpunan Asatizah Muda, dan kali ini di Sarawak. Ramai sungguh anak muda yang hadir dari pelbagai institusi. Semua nampak bersemangat untuk turut serta menggerakkan agenda Islah yang dirancang.

Saya mengadakan Sesi Dialog mendengar pandangan dan persoalan dari perspektif anak muda. Seronok sebenarnya dapat berinteraksi dengan anak muda yang bersemangat dan minat untuk berkhidmat.

Kami melancarkan Laman Sesawang Daei Madani sebagai rujukan dan platform untuk asatizah muda mendapatkan maklumat dan bergiat aktif dengan agenda Islah yang sedang digerakkan.

Sesiapa berminat untuk terlibat, boleh daftar di https://www.daiemadani.com/

Setinggi tahniah YADIM, UNIMAS, DAEI MADANI, YAPEIM, TH, JAKIM dan semua yang terlibat.

Luangkan masa solat subuh di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abdul Wahab. Memang sudah jadi amalan, selalunya saya minta staf untuk aturkan solat subuh bersama pelajar jika ada lawatan rasmi.

Alhamdulillah, suasana sungguh indah dengan ratusan pelajar solat berjemaah, zikir dan baca al-Quran. Sempat sampaikan perkongsian dan beramah mesra dengan pelajar termasuk yang sudah selesai hafazan 30 Juzuk.

Setinggi terima kasih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abdul Wahab.

Mendapat perkhabaran berita mantan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Almarhum YA Abdul Karim bin Mohd Nuli@ Terence telah meninggal dunia. Usai Solat Subuh dan berprogram bersama pelajar, saya terus bergegas ziarah keluarga Almarhum di rumah.

Sempat bersama-sama jemaah lain bacaan Yaasin dan Solat Jenazah. Semoga Almarhum ditempatkan di kalangan para solihin. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

#SebarkanSalam
#MadaniMembantu

📸 Shafiq (Media YBM HEA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support