Mesyuarat Sekretariat Perundangan Syariah, di Kompleks Islam Putrajaya

Malaysia, Arab Saudi perkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan haji, umrah – Menteri Agama
April 1, 2026
Sekitar Lawatan Kerja Rasmi Menteri Agama di Sarawak
April 23, 2026
Malaysia, Arab Saudi perkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan haji, umrah – Menteri Agama
April 1, 2026
Sekitar Lawatan Kerja Rasmi Menteri Agama di Sarawak
April 23, 2026
Show all

Mesyuarat Sekretariat Perundangan Syariah, di Kompleks Islam Putrajaya

Alhamdulillah, saya mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Perundangan Syariah, di Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini penting dan strategik membincangkan perancangan, pelaksanaan dan hala tuju perundangan Syariah.

Meneliti secara menyeluruh kesemua undang-undang substantif, subsidiary dan lain-lain termasuk ekosistem dan sokongan bagi memperkukuhkan perundangan Syariah.

Memang sangat banyak yang perlu dan boleh dilakukan untuk agenda perundangan Syariah ini. Terus fokus dan berusaha sedayanya untuk melakukan yang terbaik.

Seperti biasa, saya mengadakan mesyuarat mingguan bersama para pegawai bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan tersusun, strategik dan jelas matlamatnya.

Usaha ini bukan sekadar rutin, tetapi satu amanah untuk memastikan setiap langkah yang diambil bersama-sama 14 buah agensi JPM (Hal Ehwal Agama) memberi manfaat kepada ummah.

Dengan perancangan yang rapi, insya-Allah setiap usaha akan lebih terarah dan diberkati.

Fastabiqul khairat! Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

#SebarkanSalam
#MadaniMembantu

📸 Huzaifah (Media YBM HEA)

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support