‘Future Scenario’ dan ‘Alternative Future Scenario’ Selepas 9 Mei 2018
Dalam ‘future studies’ terdapat kaedah yang dinamakan sebagai ‘future scenario’ dan ‘creating alternative future scenario’. Dikongsikan pandangan peribadi (tidak mewakili dan tidak berkaitan dengan mana-mana institusi) mengenai ‘future scenario’ dan ‘alternative future scenario’ mudah kemungkinan apa yang berlaku selepas 9 Mei 2018.
Future Scenario:
Pada malam 9 Mei 2018 SPR telah mengumumkan kemenangan BN. DSN sekali lagi dijulang sebagai hero dan tersenyum lebar kerana mendapat mandat semula untuk memerintah dan mentadbir Malaysia. Kabinet Malaysia pun tiada banyak perubahan. Menteri-menteri lama termasuk yang bermasalah dilantik semula memegang portfolio baru. GLC-GLC dan institusi berkaitan kerajaaan menjadi tempat orang politik. Kes-kes kontroversi berkubur, GST kekal malah barangkali dinaikkan, 1MDB mungkin ditutup. Pemerintah baru menjanjikan pelbagai slogan transformasi tetapi ia terus bermusim dan ia akan dicanangkan semula selepas lima tahun. BN terus selesa menerajui negara sejak merdeka. Media perdana terus ekslusif untuk parti pemerintah. PH terus menjadi pembangkang dan terus berharap untuk memenangi PRU15. Tarikh PRU15 hanya diketahui oleh pemimpin utama BN dan jika dirasakan perlu persempadanan semula juga akan berlaku. Tiada apa yang menerujakan politik di Malaysia, hari-hari yang dilalui adalah seperti biasa.
Alternative Future Scenario:
Pada malam 9 Mei 2018 SPR mengumumkan kemenangan kepada PH. TDM bersama pakatan Harapan menyambut kemenangan dengan penuh semangat dan rasa debaran kerana mendapat mandat baru dan memegang amanah dan harapan besar rakyat. Buat pertama kali rakyat berpeluang menyaksikan kabinet baru dan ramai menteri-menteri yang baru. Macam tak percaya media perdana TV3 TV1 TV2 Utusan Malaysia Berita Harian NST dan lain-lain saluran membuat laporan lintas langsung untuk PH bukan lagi BN. DSAI pula akan keluar dari penjara dan bersedia bergandingan memimpin negara. Pemerintah baru PH ini merasa tertekan untuk menampilkan kepimpinan terbaik kerana rakyat akan melihat dan memberikan peluang hanya dalam masa lima tahun untuk membuktikan prestasi membela rakyat. PH pasti faham bahawa mereka hanya ada satu peluang dan peluang ini tidak akan lagi diberikan rakyat sekiranya mereka khianat pada mandat yang diberikan. Lebih menerujakan ialah melihat kali pertama BN menjadi pembangkang. Bayangkan senario di Parlimen dengan Ketua Pembangkang baru daripada BN. Politik di Malaysia lebih menarik dan menghiburkan. Hari-hari yang dilalui pasti lebih menerujakan dengan senario politik baru ini di Malaysia.
Ini kalilah atau dulu, kini dan selamanya. ‘Future scenario’ atau ‘Alternative Future Scenario’.
“Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only LOVE can do that.” (Martin Luther King)