Naratif Baru Pasca 9 Mei 2018

‘Future Scenario’ and ‘Alternative Future Scenario’ After the 14th General Election
April 25, 2018
Ramadhan 1439H Pemangkin Naratif Baru Pasca PRU14
May 12, 2018
‘Future Scenario’ and ‘Alternative Future Scenario’ After the 14th General Election
April 25, 2018
Ramadhan 1439H Pemangkin Naratif Baru Pasca PRU14
May 12, 2018

Naratif Baru Pasca 9 Mei 2018

Zulkifli Hasan

Mengikuti secara rapat perkembangan PRU14 dengan penuh minat di samping debaran yang sungguh kuat. Cuba mencari formula terbaik bagi membuat keputusan pada PRU kali ini menerusi pelbagai pendekatan, tasawwur, metodologi dan pandangan alam secara menyeluruh. Setelah meneliti pandangan, hujah, idea, gagasan, justifikasi, faktor-faktor dan bentuk pemikiran berkaitan dalam konteks politik di Malaysia, saya akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan kerangka Ibnu Khaldun pada PRU14 ini.

Gambar di bawah adalah nota ringkasan saya daripada pemikiran Ibnu Khaldun dalam magnum opusnya ‘Mukaddimah’. Pemikiran Ibnu Khaldun ini juga digunakan oleh ramai pemikir agung yang lain dalam pelbagai bidang termasuk Future Studies. Kelebihan Ibnu Khaldun berbanding ramai pemikir lain ialah beliau melalui era yang begitu bersejarah (Monggol, Abasiyah, Mamluk dan ‘Black Death’) bukan sahaja sebagai intelektual tetapi terlibat sama dalam pentadbiran dan politik di zamannya.

Setelah meneliti dan bertafakur sama sekali bukan bermimpi, kita perlu melihat kepada dinamika menentukan dan menguruskan antara dua perkara iaitu maslahah dan mafsadah dari perspektif makro dan mikro. Dalam konteks PRU14 ini, lebih menarik kerana kita sebenarnya perlu memikirkan dan mengaulakan bukan sahaja maslahah amah (makro maslahah) bahkan lebih penting ialah kemampuan untuk mengenalpasti dan menguruskan mafsadah aamah (mafsadah makro). Ibnu Khaldun memperkenalkan kaedah ‘Macro History’ dan ‘Cyclical Theory’ yang sangat relevan dalam menguruskan makro maslahah dan makro mafsadah. Ini adalah sangat penting dalam membina naratif baru mendepani cabaran masa depan ke arah membina negara yang lebih gemilang.

Dalam keadaan Malaysia pada hari ini yang mendepani pelbagai cabaran dengan tanda-tanda kelemahan dan krisis yang semakin dirasakan, kita mesti berani melakukan PERUBAHAN menerusi naratif baru yang dicipta ke arah mengekalkan kemakmuran dan membina negara yang lebih gemilang. Kegagalan atau lambat untuk membuat PERUBAHAN akan mempercepatkan kejatuhan. Ibnu Khaldun menggunakan pendekatan ‘conventional wisdom’ yang pada saya menekankan semangat kekitaan yang melangkaui bangsa. Kesatuan pemikiran
‘wahdatul fikr’ mungkin sesuatu yang sukar untuk menjadi realiti, semangat kekitaaan bangsa Malaysia menerusi ‘wahdatul amal’ dan ‘wahdatul khayr’ iaitu kesatuan untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sangat penting dalam membina negara.

Perubahan yang didambakan dalam PRU14 adalah sangat penting untuk membina Naratif baru yang seterusnya mengubah cara berfikir, ‘behavior’ dan tindakan seseorang. Naratif lama beriman dengan hanya fahaman bahawa BN mampu mentadbir negara ini, parti bukan BN akan menggugat keharmonian negara dan mengancam kedudukan Melayu dan Islam, negara hanya akan maju dengan BN, Islam itu bersifat ekslusif dimonopoli parti tertentu, menjatuhkan kerajaan bakal menggugat akidah dan banyak lagi perlu diUBAH dengan naratif baru yang lebih dinamik dan bersifat universal seiring dengan tuntutan Islam yang inklusif dan rahmah.

Naratif baru politik di Malaysia akan melihat bangsa Malaysia bersama-sama membangunkan negara ini dengan semangat ‘wahdatul khayr’. Naratif baru ini menjadikan Islam itu dipertontonkan dengan keindahannya yang meraikan kepelbagaian dalam kerangka Syariat. Naratif baru ini juga akan memperlihatkan Islam itu sebagai agama yang inklusif, hikmah dan penuh dengan sifat rahmah. Naratif baru ini akan menyahmitoskan kepercayaan bahawa hanya BN yang mampu mentadbir negara ini di mana peluang diberikan kepada mana-mana parti yang berkhidmat demi rakyat. Naratif baru akan memperbetulkan persepsi negatif terhadap BN yang dikatakan tidak boleh berubah di mana BN sebenarnya akan berubah dan melalui proses transformasi apabila mereka disedarkan dengan kuasa rakyat. Naratif baru ini juga akan menguji sejauh mana anggapan dan persepsi masyarakat terhadap DAP dan menentukan sama ada ia adalah kebenaran atau hanya imaginasi atau sekadar doktrin pihak tertentu untuk terus berkuasa. Naratif baru akan membuktikan bahawa negara ini akan terus hebat walaupun BN tidak lagi berkuasa. Naratif baru juga memberikan peringatan kepada sesiapa sahaja yang berkuasa bahawa rakyat yang menentukan kedudukan mereka dan pastinya dihukum sekiranya khianat dengan amanah diberikan. Naratif baru memupuk budaya politik yang dinamik, bersih, beretika dan strategik. Dan yang lebih utama Naratif baru ini akan membina dan membentuk pemikiran baru bangsa Malaysia yang lebih progresif, positif dan menghormati kepelbagaian dalam bingkai Kesatuan. Wallahua’lam

Ini kalilah…………

23 Syaaban 1439H

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support