Warkah Kepada YAB-YAB dan YB-YB
June 17, 2018SEMINAR FIQH KEWARGANEGARAAN
September 6, 2018Dalam tazkirah ringkas di kediaman rasmi YAB MB Negeri Sembilan, saya cuba mengambil kesempatan membicarakan kepentingan Fiqh al Nasr (Fiqh Kemenangan) dalam kehidupan. Antara isu utama umat Islam pada hari ini antara lainnya ialah kelemahan dari sudut ‘menguruskan kemenangan’. Kemenangan dalam Islam merujuk kepada kemenangan dwi dimensi merangkumi kemenangan di dunia dan akhirat. Merencana perubahan dan berusaha ke arah kemenangan adalah penting tetapi ‘menguruskan kemenangan’ itu adalah sesuatu yang juga sangat utama dilaksanakan dan distrategikan dengan baik. Amanah yang dipikul setelah memperolehi kemenangan adalah bersifat ‘taklif’ dan bukan ‘tasyrif’. Sekiranya kemenangan ini tidak diisi dengan hikmah dan amanah yang diberikan tidak ditunaikan dengan penuh ketaqwaan, maka Allah swt akan menggantikan orang lain untuk melaksanakannya dan kitalah dikalangan orang-orang yang rugi. Fiqh al Nasr ini juga mengingatkan bahawa sebenarnya semua kemenangan yang diperolehi di dunia ini bukanlah sangat kerana usaha kita tetapi adalah kerana pertolongan dan kuasa Allah swt, oleh itu hendaklah kita sentiasa bertasbih memuji kebesaran Allah swt dan memperbanyakkan istighfar memohon keampunan.
1 Comment
Planning a change and striving for victory is important but ‘managing the win’ is something that is also very important to be implemented and strategically well. T