Terima Kasih Ilhambooks

Semasa fasa awal penubuhan rumah penerbitan ILHAM Books sedikit masa dahulu, di saat jenama kami masih belum dikenali ramai, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan adalah antara penulis yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menerbitkan karya beliau.Dengan latar belakang aktivisme dan intelektualisme beliau, ianya suatu penghormatan besar buat kami selaku penerbit kecil untuk menerbitkan buku daripada sosok besar seperti beliau.

Ianya bermula dengan sebuah manuskrip yang cukup unik, Islam Di Barat Muslim Di Timur Memaknai Sebuah Kembara Rahmatan Lil ‘Alamin. Sebuah genre yang kami namakan sebagai travelog-intelektual yang menceritakan refleksi Dr Zul terhadap persekitaran, keadaan dan suasana termasuk gelora emosi dan perasaan semasa kembara ilmiah beliau di serata dunia termasuk semasa beliau di Amerika Syarikat apabila mendapat biasiswa berprestij Fulbright untuk melakukan penyelidikan di sana.Sehingga kini, telah 7 buah buku beliau yang kami terbitkan dengan yang terbaru ialah Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa.

Kini kami pihak editorial masih menunggu manuskrip sambungan Islam Di Barat Muslim Di Timur dan manuskrip jilid kedua Generasi Kedua Politikal Islam.Untuk mengenali lebih lanjut sosok ini, boleh ke website ‘power’ beliau di zulkiflihasan.com yang turut memenangi anugerah laman blog pendidikan terbaik pada 2012.Kepada Dr Zul, selamat menyambung ulang tahun kelahiran. Semoga terus diberi kekuatan akal dan fizikal untuk terus menyumbang kepada ummah.Daripada kami tim ILHAM Books.

Oleh Ilhambooks

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox: