















Malaysia No.1 Kewangan Islam Terbaik Dunia 2024
Syukur, Malaysia terus menerajui Kewangan Islam di dunia.
Malaysia berada di tangga pertama sudah 12 kali berturut-turut mendahului banyak negara besar dan kaya yang lain.
Saya menulis buku “The Future of Islamic Finance”; cuba melontarkan idea untuk melihat Kewangan Islam di Malaysia terus terbang tinggi dan meneroka peluang menerusi dimensi yang lebih menyeluruh selari dengan Maqasid al-Shari’ah.
Tidak lupa untuk menelusuri sejarah bagaimana YAB Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyumbang jasa yang cukup besar malahan sebelum bergelar Menteri lagi.
Penubuhan Bank Islam, UIAM, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain sumbangan yang begitu signifikan dalam sejarah Malaysia sedari era ABIM, PKPIM dan MBM.
Koperasi Belia Islam (KBI) mempunyai sejarah panjang dan sumbangan tersendiri kepada sistem koperasi dan institusi kewangan Islam di Malaysia.
KBI yang ditubuhkan oleh ABIM turut dicatat dalam buku “Historical Roots of Islamic Finance in Malaysia from the Pre-Islamic Era Until 1983” mencatatkan bagaimana Koperasi Belia Islam (KBI) sebagai sebuah institusi awal yang membangun dan menyumbang kepada muamalah Islamiyyah di Malaysia.
Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadi institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Syariah.
Sebelum Bank Islam berjaya ditubuhkan di Malaysia, KBI telah memainkan peranan sebagai institusi yang menjalankan aktiviti kewangan Islam kepada masyarakat Islam seperti kemudahan pinjaman secara Islam.
Penubuhan KBI pada 31hb Mei 1977 merupakan strategi dakwah yang dijalankan oleh Biro Ekonomi ABIM di bawah kepimpinan PMX untuk mendapatkan dana bagi keperluan para ahli dan aktiviti-aktiviti gerakan.
Matlamatnya melalui koperasi adalah untuk melaksanakan sistem kewangan Islam dalam urus niaga perniagaan dan pengeluaran produk dengan mengikut syariah Islam.
Penglibatan ABIM menerusi KBI telah dapat membantu masyarakat Melayu dalam beberapa kemudahan, keperluan dan urus niaga yang bersifat ‘Islamic’ tanpa membabitkan bunga atau riba yang menjadi ciri utama urus niaga moden hari ini (Laporan Tahunan KBI 1982).
Antaranya adalah menerusi Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF) yang mendapat perhatian ramai, termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Muslim.
Sepanjang operasinya, KBI telah menerima anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi bagi kategori ‘Koperasi Model’ pada tahun 1985 dan ‘Anugerah Kualiti’ pada 1993.
Sejak awal penubuhannya pada era 1970an, ABIM di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Dr. Razali Nawawi dan PMX mendesak kerajaan agar penubuhan Bank Islam disegerakan untuk membolehkan KBI menggunakan segala kemudahan yang bakal disediakan oleh Bank berkenaan.
Hal ini menggambarkan bahawa KBI berjaya mendahului mana-mana institusi kewangan atau perdagangan di negara ini termasuklah penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang ditubuhkan pada 11hb Mei 1983.
KBI telah membuka laluan kepada perkembangan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia seperti Bank Islam dan Sistem Perbankan Islam.
Pada tahun 1987, Bank Islam telah ditubuhkan secara rasmi oleh kerajaan.
Hal ini kerana timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam supaya tidak melibatkan diri dalam urusan riba dan muamalat yang haram dalam kehidupan seharian.
Saya selalu memaklumkan bahawa PMX adalah satu-satunya pemimpin dunia yang konsisten mempromosi Ekonomi Islam dan Kewangan Islam.
Satu peluang yang begitu besar untuk negara kita menuju kecemerlangan yang gemilang.
Alhamdulillah, Malaysia Madani terus mendunia!
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#SpreadPeace #WeAreOne