YB TMA Santuni Mahasiswa Malaysia di Mesir

Musafir di bumi Kaherah, Mesir dan ambil peluang ziarah anakanda yang sedang belajar di Al-Azhar.

Sejak beliau bersekolah di Maahad Buuth dan kini di Al-Azhar, ini pertama kali melawat anakanda di perantauan.

Semoga terus istiqamah menuntut ilmu dan matang dalam permusafiran.

Walaupun lawatan peribadi dan singkat, jadual penuh juga dengan sesi bersama pelajar-pelajar dan sahabat-sahabat; termasuk Duta Besar Malaysia.

Banyak perkara dibincangkan yang boleh dilaksanakan untuk manfaat ramai.

Sempat singgah ke pasar di Bandar Kaherah, Mesir, untuk dapatkan buah-buahan segar.

Harga pun murah.

Jom amalkan pemakanan yang sihat. Memang terbaik!

Turut sertai sesi bersama pimpinan pelajar dan penerima anugerah kecemerlangan di Kaherah, Mesir.

Alhamdulillah, dapat menyampaikan sedikit perkongsian tentang perkembangan terkini Malaysia Madani, isu-isu semasa dan aspek kenegaraan serta peranan Malaysia pada peringkat antarabangsa, termasuk sebagai Pengerusi ASEAN.

Saya juga menekankan aspek keilmuan dan peri pentingnya pemikiran wasatiy, inklusif, damai dan meraikan kepelbagaian.

Ilmuwan mesti mempunyai kemahiran dan ketinggian akhlak; mampu menguruskan kepelbagaian, selain saling hormat menghormati sebaiknya.

Saya hadiahkan beberapa buah buku saya dan sedikit sumbangan peribadi kepada Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir.

Mendoakan anak-anak ini semuanya berjaya dengan cemerlang dunia akhirat.

Jejak keilmuan di bumi Mesir bermula dengan makam Imam Waki’ guru Imam Syafie.

Kemudian menziarahi rumah, masjid dan makam Imam Syafie, sebelum seterusnya ke Universiti Al-Azhar. 🇪🇬

Imam Syafie menukilkan:

“Aku mengadu kepada Waki’ akan lemahnya ingatanku;

Maka dia menyuruhku agar meninggalkan maksiat;

Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu Allah itu cahaya;

Dan cahaya Allah tidak akan dikurniakan kepada seorang pelaku maksiat.

Alhamdulillah, selesai urusan di Kaherah, Mesir, yang walaupun singkat – tetapi penuh bermakna. 🇪🇬

Sebelum ke Lapangan Terbang Kaherah, masih sempat singgah di beberapa tempat, beramah mesra bersama pelajar dan sahabat-sahabat.

Walaupun niat asal saya cuma ziarah santai, seakan lawatan rasmi dan urusan kerja nampaknya!

Layanan penuh ukhuwah dan semangat persaudaraan.

Hatta pemandu warga tempatan Kaherah yang membantu sepanjang perjalanan pun begitu mesra, seakan sahabat lama.

Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat pejabat kedutaan Malaysia, JAKIM, MAIWP, Rumah Negeri Kelantan, Rumah Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Perlis, Majlis Perundingan Mahasiswa Mesir, ABIM Mesir, Rakan Siswa YADIM Mesir dan semua yang banyak membantu sepanjang urusan di Kaherah.

Semoga ketemu lagi; terus berjasa dan berbudi!

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#SpreadPeace #WeAreOne

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support