














🇲🇾🇵🇸 BIAR SATU DUNIA TAHU 🇵🇸🇲🇾
Gaza menjadi saksi bilamana Aljazeera melaporkan 4 tahanan askar rejim Israel dibebaskan dalam keadaan mereka sihat walafiat.
Dengan senyuman gembira; sambil melambaikan tangan kepada penduduk Gaza.
Ramai yang gembira dan kagum dengan cara pembebasan itu.
Seluruh dunia menyaksikan betapa tingginya moral dan etika Hamas dalam menjaga tawanan perang sebagaimana yang dianjurkan oleh Undang-Undang Antarabangsa.
Terdahulu, sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam dilaporkan memberi cenderahati kepada Romi Gonen, Doron Steinbrecher dan Emily Damari ketika menyerahkan mereka kepada wakil Persatuan Palang Merah di Bandar Gaza pada Ahad lalu.
Ketiga-tiga mereka menerima beg kertas tertera logo Briged al-Qassam yang mengandungi rantai, peta Semenanjung Gaza, sijil pembebasan mereka dan gambar kenangan ketika berada di Gaza.
Hal ini pastinya berbeza dengan layanan zalim yang diterima kebanyakan tawanan Palestin yang tidak berdosa, yang diseksa oleh tentera rejim.


















Sebelum ini, kami menganjurkan Solat Hajat bersama agensi-agensi Hal Ehwal Agama, sahabat-sahabat Geng Surau Putrajaya, Sdra. Faizal Tahir, Sdra. Musa Nuwayri dan ramai lagi, hampir setiap minggu, pada malam Jumaat bagi mendoakan Gaza dan bumi Syam.
Kami berpindah dari satu surau dan ke surau dan masjid yang lain.
Ramai yang turut menyertai usaha kecil kami ini, daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.
Saya sendiri pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan ke dalam Gaza dan Syria, jadi tanah Syam memang dekat dengan jiwa saya.
Teruskan berdoa dan mungkin doa-doa kita semua inilah menjadi antara penyebab Palestin akan mendapat kebebasannya.
•••
Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala melindungi saudara kita di Palestin.
Allahu Akbar!
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam#KitaKawan
#SpreadPeace#WeAreOne
Sumber: Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh & Aljazeera