YB TMA Sertai Sesi Perkongsian Bersama Pelajar Universiti Islam Madinah di Saudi

Alhamdulillah, suasana penuh kedamaian dan ketenangan.

Cuaca nyaman tetapi tidak terlalu dingin.

Manusia terus berpusu-pusu memenuhi ruang Masjidil Haram. πŸ•‹

Masya-Allah… Tabarakallah…

β€’β€’β€’

Terharu, pelajar saya sewaktu di UIAM, Sdra. Abdul Rahman Baqeel yang menetap di Jeddah , Arab Saudi datang menziarahi saya di Mekah. πŸ‡ΈπŸ‡¦

Ukhwah merentas sempadan dan warna kulit.

Jauh beliau datang dari tempat kerja.

Banyak yang kami bualkan.

Beliau sekarang ini bekerja di Jeddah dan sudah memulakan perniagaan sendiri.

Terserempak juga dengan sahabat saya, Datuk Mohd Afendi Hamdan, mantan Pengerusi FINAS dan ahli perniagaan.

Kami ada projek dakwah khas bersempena Ramadan nanti – di Sandakan, Sabah, insya-Allah.

Seronok dapat bertemu dan bertanya khabar di bumi penuh barakah.

Sempat menelaah dua buku yang sangat-sangat bermanfaat untuk menelusuri Sirah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam. πŸ•‹πŸŒ΄

Kajian mendalam oleh Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani mengenai Madinah al Munawwarah dan Rumah-rumah para Sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam di Sekitar Masjid Nabawi.

Terima kasih Sdra. Ukail yang menghadiahkan kedua buah buku ini.

Saya sarankan untuk membaca buku ini dan kemudiannya melawat International Museum of the Prophet’s Biography.

Memang berbaloi!

Terasa kita berada di zaman Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam dengan imaginasi keadaan persekitaran Madinah termasuk kedudukan rumah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam dan para sahabat.

Belajar Sirah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam pasti akan lebih seronok dan teruja dengan inovasi dan fakta penting dan menarik sebegini.

Alangkah baiknya jika muzium ini juga ada di Malaysia.

Alhamdulillah, pertemuan cukup bermakna bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Madinah sebelum pulang ke Malaysia. πŸ‡ΈπŸ‡¦πŸ‡²πŸ‡Ύ

Saya kongsikan sedikit perkembangan terkini Malaysia dan isu-isu semasa.

Saya pendekkan ucapan dan beri lebih peluang sesi dialog dengan pelajar-pelajar.

Seronok mendengar perkongsian mereka.

Semua nampak ceria dan gembira. πŸ™‚

Perjalanan umrah saya sekeluarga adalah sederhana dan singkat sahaja, dibantu dan diuruskan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dan bukannya agensi pelancongan. πŸ•‹

Rasa lebih tenang dan santai.

Ambil peluang dapat beinteraksi dengan pelajar-pelajar, sambil berkenalan dan bertukar pandangan.

Terima kasih Sdra. Ukail, Sdra. Lukman dan Sdra. Syirazi yang meluangkan masa membantu urusan umrah dan ziarah.

Perjalanan umrah yang tidak dapat dilupakan.

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#SpreadPeace #WeAreOne

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support