Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya

Saya memenuhi jemputan untuk melancarkan Koleksi Kaligrafi Batik Jawi oleh Indah Atelier, di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur. Gabungan seni batik dan Jawi yang kreatif dan indah. Selain nilai komersial yang ada, produk batik Jawi ini dapat memberikan manfaat seperti peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar; memandangkan pusat pengeluarannya terletak di Bachok, Kelantan. Ia juga melibatkan pembangunan bakat muda untuk merekabentuk batik Jawi dengan pelbagai corak dan konsep tersendiri.

Usaha menerapkan seni kaligrafi tulisan Jawi dalam hasil karya seni batik Malaysia mampu memelihara sekali gus memartabatkan warisan budaya yang sangat berharga itu. Seiring Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Indah Atelier telah memainkan peranan dengan menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memperkenalkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Saya lihat Indah Atelier telah mengambil peranan untuk menonjolkan dan mengangkat hasil kreativiti produk tempatan dan menariknya, ia memiliki konsep yang sangat unik iaitu kaligrafi Jawi digabungkan dengan batik.

Sempat bertemu dengan pelukis dan penulis khat anak muda yang mengilhamkan pelbagai reka bentuk dan corak batik Jawi yang unik dan menarik. Berkebetulan, tandatangan saya juga dalam tulisan Arab-Jawi, jadi saya abadikannya dalam buku koleksi Batik Jawi Kaligrafi.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam#KitaKawan

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support