




Setelah sampai ke Kuala Lumpur dari menyertai Lawatan Rasmi Delegasi YAB Perdana Menteri ke Bahrain sekitar jam 5:00 pagi, saya terus ke Putrajaya, bagi menghadiri Sesi Usrah Madani Khas bersama sahabat baik saya, Profesor Dr. Syed Muhammad Khairuddin al-Juneid.
Saya minta secara peribadi kepada Prof. Dr. Syed untuk mengadakan beberapa siri Usrah untuk membimbing dan membuka minda. Usrah Madani ini saya perkenalkan bermula 2024 menampilkan tokoh ilmuwan dan intelektual.
Siri Usrah Madani sebelum ini menampilkan Professor Mehmet Asutay dengan tema Institutional Reform, Syeikh Professor Dr. Said Abdul Latif Foudah (Islamic theology), Profesor Dr. M. Din Syamsuddin (Political Islam) dan Professor Dr. Khaled Baydoun (Multi-faith Community Interaction on Islamophobia) dan Profesor Anis Ahmad (State of the Ummah and the Way Forward).
Dalam ucapan aluan, saya tekankan kepada hadirin betapa pentingnya gagasan pemikiran dan idea besar untuk membuat sebarang perubahan. Perubahan yang tidak diiringi dengan gagasan pemikiran sama ada ia akan gagal atau digagalkan. Usrah Madani Khas ini akan diadakan secara bersiri bersama Prof. Dr. Syed dengan tema Tajdid dan Islah.
Profesor Dr. Syed juga ada memberikan pencerahan mengenai karya terkini beliau Contemplating Sufism Dialogue and Tradition Across South East Asia. Usrah Madani adalah terbuka dan boleh juga diikuti di Media Sosial Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).






Menelaah buku ini – “Contemplating Sufism Dialogue and Tradition Across Southeast Asia”. Secara umumnya, buku ini memberikan gambaran sebenar sumbangan awal pejuang dan tokoh yang menerajui gerakan Islah dan Tajdid di Asia Tenggara. Sangat menarik kerana buku ini merumuskan bahawa tokoh sufi sebenarnya yang mempelopori gerakan Islah ini; malahan terlibat bukan sahaja dalam dakwah tetapi politik, ekonomi, intelektual, sosio-budaya termasuk menentang penjajahan.
Sebagai contoh, Perang Padri atau Perang Minangkabau 1803-1837. Ada yang mengatakan bahawa Padris atau Tokoh Pejuang Minangkabau ini bukan tokoh sufi kerana mendapat pendidikan di Makkah. Namun setelah diteliti, tokoh hebat seperti seperti Imam Bonjol, Tuanku Rao, Tuanku Nan Tuo dan Tuanku Nan Renceh kesemuanya adalah tokoh sufi daripada Tarikah Shattariyah.
Begitu juga dengan tokoh-tokoh sufi lain di nusantara termasuk Thailand dan Filipina. Tokoh-tokoh ini sangat berhikmah; tidak menjadi pemecahbelah masyarakat tetapi sentiasa mendamaikan dan menyatukan. Bahkan mereka menginspirasi dan menerajui perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menentang penjajahan.
Prof. Dr. Syed Khairuddin Al Juneid menulis, “Sufis in Southeast Asia have fulfilled many functions and served many roles, both for and against the forces of their time. They were intellectuals and popular preachers, saints and warriors, poet and philosophers. They have been agents of a multitude of societal changes. They were pioneers and participants of ever-expanding networks.”
Wacana buku ini perlu diperhebatkan. 📚
Saya merasakan ia boleh menjadi pemangkin dan pertimbangan intelektual kepada gerakan Islah dan tajdid yang sebenar dan berhikmah di Malaysia.
Madani terus bekerja dan belajar. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾