
YB TMA Tampil Dalam Analisis Madani di TVAlhijrah
March 3, 2025
YB TMA Buat Penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
March 3, 2025YB TMA Hadiri Majlis Ilmu Bersama Syeikh Dr. Ekrima Said π΅πΈΒ & Syeikh Dr. Usamah al-Azhariy πͺπ¬



































Alhamdulillah, di bawah pemerintahan Kerajaan Madani – Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. Saya berkesempatan menghadiri Majlis Ilmu Madani oleh Syeikh Dr. Ekrima Said Sabri π΅πΈ di Masjid Putra, Putrajaya. Bukan biasa-biasa Majlis Ilmu Madani ini. Cukup bermakna dan mengangkat nilai semangat jiwa.
Turut hadir ialah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Razarudin bin Husain; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee: dan ramai lagi.
Alhamdulillah, lebih 10,000 Muslimin dan Muslimat hadir memeriahkan suasana, solat berjemaah dan mendengar tausiyah khas Syeikh Dr. Ekrima. Syeikh Dr. Ekrima yang kini berusia 86 tahun adalah Imam Besar Masjidil Aqsa dan pernah memegang jawatan Mufti Besar Baitul Maqdis dan Palestin.
Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Syeikh Ekrima ini turut disiarkan secara langsung di TV1.
Beliau beberapa kali ditahan tentera rejim yang zalim, atas perjuangannya bersama rakyat Palestin. Syeikh Dr. Ekrima memuji PMX dan Kerajaan Madani yang sentiasa terkehadapan membela nasib rakyat Palestin. Malahan, beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara paling banyak memberi bantuan dan sokongan kepada perjuangan Palestin.




































Malam sebelum program di Putrajaya, saya memenuhi undangan YAB Dato’ Seri Haji Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor ke Majlis Ilmu bersama Syeikh Dr. Usamah Al-Sayyid Al-Azhari, Menteri Waqaf Republik Arab Mesir. πͺπ¬ Majlis dimulakan dengan bacaan “Dalailul al-Khairat” diikuti dengan tausiyah khas oleh Syeikh Dr. Usamah bertajuk “Puasa Para Salaf al-Saleh”.
Suasana indah dan membahagiakan, bilamana ribuan Muslimin dan Muslimat memenuhi ruang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), bagi menghadiri Majlis Ilmu yang mendamaikan jiwa. Tahniah Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πͺ
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
π€²π²πΎ