





Alhamdulillah, sujud syukur. Pada 10 akhir Ramadan, kita dapat menyaksikan Masjid Madani bakal dibina. Mendengar ucapan Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed, Pengarah Urusan JAKEL mengenai usaha ini menjelaskan segala-galanya.
Penantian lebih 11 tahun menunaikan hasrat ayahandanya untuk membina masjid ini; kini dapat direalisasikan. Terima kasih YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan semua pihak yang terlibat menyelesaikan isu ini sebaiknya.

Ini mengingatkan kita isu Masjid Kampung Rawa pada 1998; di mana PMX pada waktu itu menjadi watak penting menyelesaikan isu yang sama secara harmoni. Setelah 27 tahun, PMX sekali lagi menunjukkan kebijaksanaan dengan penuh hikmah menangani isu ini.
“Taayush al-Silmi, La Convivencia, Muhibah dan Sejahtera”. Kita perlu lebih ramai watak ‘pendamai’ bukan pencetus perbalahan.














Masjid Madani ini akan mengurangkan isu kesesakan masjid, khususnya sewaktu Solat Jumaat kerana ketika ini hanya surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi serta Masjid India yang menjadi tumpuan orang ramai. Insya-Allah, masjid yang dibina Kumpulan Jakel ini mempunyai keluasan 12,142 kaki persegi dan setinggi empat tingkat didirikan dengan konsep intipati Malaysia berkemampuan menampung hampir 3,000 jemaah dalam satu masa.
•••
Masjid Madani melambangkan pembangunan berteraskan akidah Islam, nilai, akhlak, serta kasih sayang merentasi komuniti. Pembinaan masjid di tengah kota itu menyerlahkan falsafah pembangunan yang berakar daripada akidah Islam, bukan sahaja untuk menghimpunkan umat Islam tetapi juga seluruh anggota masyarakat.
Pendekatan dan prakarsa yang berhikmah. Masjid Madani ini akan menjadi simbol keharmonian dan perpaduan negara, insya-Allah. Amiin.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾