PMX, Prof. Osman Bakar & 3 Dekad Dialog Peradaban Universiti Malaya

Pak Lah, PMX & Doa Imam Masjid London Timur, United Kingdom
April 15, 2025
YB TMA Tampil di Bernama Radio; Hadir di Majlis Hari Raya IKIM & Tabung haji
April 20, 2025
Pak Lah, PMX & Doa Imam Masjid London Timur, United Kingdom
April 15, 2025
YB TMA Tampil di Bernama Radio; Hadir di Majlis Hari Raya IKIM & Tabung haji
April 20, 2025
Show all

PMX, Prof. Osman Bakar & 3 Dekad Dialog Peradaban Universiti Malaya

Menghadiri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban Sempena Sambutan 30 Tahun Dialog Peradaban di Universiti Malaya (ICONCIDI’25). YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyampaikan ucaptama tanpa teks dengan begitu padu sekali.

Pada awal bicara, beliau menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada penganjur dan semua yang hadir. PMX juga memuji Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang hadir kerana meluangkan masa menghadiri Wacana Intelektual Peradaban – yang jarang menarik minat ramai, khususnya ahli politik.

PMX memetik beberapa nama besar tokoh ilmuwan seperti Edward Said dengan karyanya “Orientalism”. Edward Said terkenal dengan ketajaman kritikannya seperti ‘culture imperialism’ dan ‘tour de force’ yang berakarkan ‘colonialism and power dynamics’.

PMX juga ada menyebut Tu Weiming, tokoh falsafah China, khususnya falsafah Konfucius – yang pernah berkhidmat di Harvard University dan kini di Peking University. Tu Weiming yang terkenal dengan kepakaran dalam ‘Confucian Ethics’, juga menunjukkan minat mengenai ‘Islamic ethics’.

Tu Weiming ada meneliti beberapa persamaan dan perbezaan antara Islam dan Konfucius dari aspek metafizik, kosmologi dan etika.

PMX menyatakan komitmen dan keyakinan terhadap peranan dialog peradaban; dalam membina tamadun dan keharmonian. Biarpun memahami dialog dan wacana peradaban ini tidak mampu menarik undi dan menaikkan populariti, usaha dan inisiatif ini tetap perlu digerakkan.

Ini penting bagi mewujudkan keharmonian dan kesefahaman; seiring dengan semangat ‘li ta’arafu’ (anjuran untuk saling berinteraksi dan memahami perbezaan dalam kemajmukan masyarakat) – yang terkandung dalam al-Quran.

Sambutan 30 Tahun Dialog Peradaban Universiti Malaya ini sangat instrumental kepada PMX. Kampus tersebut adalah alma mater beliau – di mana beliau mengasah bakat kepimpinan sedari peringkat belia dan era gemilang kemahasiswaan.

Beliau sendiri menyampaikan Ucaptama Dialog Peradaban ketika julung kalinya diadakan di Universiti Malaya pada 1995; di mana beliau merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

Atas cadangan Prof. Emeritus Osman Bakar kepada beliau, maka tertubuhlah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya pada 1995 sehingga hari ini. PMX kemudiannya menerbitkan magnum opus beliau, “Asian Renaissance” pada 1996.

Saya memang meminati wacana intelektual sebegini. Sehingga hari ini, terus mencatat, terus belajar, terus memahami dan cuba melaksanakan apa juga dasar yang baik, dengan segala kapasiti yang ada – demi kemaslahatan ummah dan negara.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support