


Alhamdulillah, selamat tiba di Kuching, Sarawak, untuk berprogram selama 2 hari. Jadual penuh dan seharian memakai baju yang sama sehingga ke malam. Kami disambut penuh mesra sahabat-sahabat di sini.
Ambil ruang untuk hadiahkan kopiah Malaysia Madani, buah tangan daripada pejabat kami. Semua nampak segak dan ceria. 👍




Walaupun sudah agak lewat, sempat lagi ziarah sahabat saya yang budiman, YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman). Beliau menerima kunjungan kami dengan penuh semangat ukhwah.












Jadual kerja di Sarawak dimulakan dengan solat Subuh di Masjid Darul Hana, Kampung Patingan. Dapat berkenalan dan beramah mesra dengan jemaah di sini. Kami hadiahkan kopiah Malaysia Madani sebagai cenderahati.
Ramai sungguh yang berminat dan suka dengan kopiah Malaysia Madani. Semua kelihatan segak bergaya.















Wacana Minda Madani dan Perasmian Penutup Perkampungan Menara Gading (PMG) Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di UNIMAS. Hampir 200 peserta hadir kali ini, dari seluruh negeri Sarawak.
PMG ini merupakan program untuk pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM antaranya mempersiapkan mereka untuk menempuhi alam kampus. Dalam ucapan, saya ada menyebut beberapa buku untuk rujukan pelajar bagi menghayati dan memaknai kehidupan di universiti.
Ini termasuk karya yang mengkaji dan mengkritik peranan dan hala tuju universiti seperti Dark Academia, The End of College, Excellence without Soul dan Consilience. Saya ingatkan tiada yang berminat dengan buku-buku ini. Namun, pada akhir acara, ada beberapa pelajar datang bertemu – dan meminta judul buku dan berminat untuk membacanya.
Gembira rasa kerana ada anak muda yang menunjukkan minat dengan buku-buku ilmiah. Tahniah Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, UNIMAS, PKPIM dan semua yang terlibat menjayakan PMG kali ini.









Acara penutup program di Kuching, Sarawak hari ini – diakhiri dengan perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Negeri Sarawak. Perlawanan berlangsung dalam hujan lebat.
Kelab JAKIM Sarawak menentang Pasukan Pilihan YBTMA. Pasukan saya turut dibarisi para pemain berbakat daripada YADIM, JAIS, MIS dan Tabung Baitulmal Sarawak.
Setelah lebih 2 bulan tidak beraksi dan stamina yang masih belum mencapai tahap sepatutnya, dapat juga menyumbangkan 1 gol. Alhamdulillah!
Jom riadah; barulah sihat dan selesa nak beribadah. 🏃
Trimak kaseh support kamek. Orang Sarawak nang steady ya!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾




