YB TMA Hadiri Majlis Hari Raya Bersama MB Negeri Sembilan; Ziarahi Aktivis Palestin

Alhamdulillah, saya penuhi undangan ke Majlis Hari Raya Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan di Menara MAINS. Turut hadir, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sebelum memegang jawatan sekarang, saya ada membantu Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan membangunkan Pelan Pengurusan Kewangan Madani 2025-2030.

Saya memberikan input dan pandangan mengenai pengurusan kewangan menurut perspektif Madani. Alhamdulillah, Pelan Pengurusan Kewangan Madani ini telah dilancarkan oleh MB Negeri Sembilan sendiri, dan merupakan negeri pertama memperkenalkannya.

Diiringi doa semoga segala usaha dan perancangan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya, insya-Allah.

Usai acara dan pertemuan di Seremban, terus bergegas ke Masjid Sri Sendayan untuk solat Jumaat. Masjid Sri Sendayan merupakan antara destinasi tumpuan pelancong; terkenal dengan keindahan dan keunikan senibinanya.

Terima kasih warga Masjid Sri Sendayan yang menyantuni dengan penuh kemesraan. Seronok dapat jumpa sahabat-sahabat lama di sini.

Alhamdulillah, ambil ruang untuk ziarah Sdra. Aiman Zin, aktivis Palestin yang berjasa, di kediaman beliau. Beliau kini menjalani rawatan intensif dan pemulihan. Sakit-sakit pun masih bersemangat berbicara mengenai kerja kemanusiaan, khususnya isu Gaza.

Saya sampaikan sedikit sumbangan, buku tulisan saya serta kopiah Madani buat beliau. Diiringi doa moga diberikan kesembuhan dan kesihatan sebaiknya.

Sdra. Aiman merupakan aktivis kemanusiaan yang berkhidmat bersama MyCare dan beberapa pertubuhan lain. Mengenali beliau semasa Ops Ihsan (Jaringan operasi kemanusiaan di seluruh dunia khususnya Palestin).

Popular dengan gema laungan tanda pagar #IsraelKoyak dan #IsraelCuak, badan ini aktif memperjuangkan advokasi dan bantuan kemanusiaan untuk membangkitkan kesedaran umum, serta menghulur bantuan buat saudara kita yang dizalimi.

Pada waktu itu, saya menggerakkan inisiatif bantuan bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Saya sendiri pernah diberikan kesempatan untuk menyampaikan bantuan di dalam bumi Gaza dan Syria yang diberkati.

Keadaan di tanah Syam cukup menginsafkan saya, betapa kita mesti membantu rakyat di negara kita serta saudara kita di Palestin, Syria, Lubnan atau di mana sahaja yang memerlukan bantuan.

Dunia kemanusiaan sebenarnya mendidik hati dan jiwa – agar sentiasa menjaga kerendahan hati serta melihat semua dengan kaca mata keihsanan.

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support