
























































Pengalaman saya berinteraksi dengan ramai tokoh agamawan, sarjana dan ilmuan tempatan serta antarabangsa merumuskan satu kesimpulan. Tokoh agamawan, ilmuan dan sarjana yang hebat diiktiraf keilmuannya, mendalam ilmunya, hebat karyanya, signifikan penyelidikannya, luas pengalamannya serta memiliki ciri akhlak mulia iaitu ‘humbleness’ – kerendahan hati.
Hayatilah akhlak al-Imam as-Syafie, ilmuan agung, bertaraf mujtahid, mujaddid umat yang sentiasa tawadhu dan punya kerendahan hati:
رأيي صواب يحتمل الخطأ ورأي غيري خطأ يحتمل الصواب
“Pandangan aku betul tetapi boleh jadi salah, pandangan orang lain salah tetapi boleh jadi betul”.
Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, yang sentiasa menyatukan kita di atas titik akidah yang menyuburkan kedamaian, persaudaraan dan juga perpaduan. Yang paling penting untuk dipegang dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan pandangan – ialah prinsip, akhlak dan adab dalam berkhilaf.
Adab al-ikhtilaf – adab berbeza pandangan dan menghormati perbezaan pendapat menjadi asas kepada pembudayaan ilmu dan pemangkin kematangan.


















Salah satu sikap yang perlu dihindari oleh semua orang apabila wujudnya perbezaan pendapat ialah sifat ekstrem dan ta’assub (fanatik) selain berpuak-puak dengan satu pandangan semata-mata. Hal ini perlu dijauhi kerana boleh membawa kepada permusuhan dan persengketaan.
Tanggungjawab mengangkat martabat umat adalah adalah amanah buat semua masyarakat Muslimin, bukan hanya sesuatu kelompok. Kita perlu jelas dengan tasawwur – pandangan sarwa kenegaraan Malaysia; tanah air yang kita cintai.
Risaukan perkara temeh, kita takkan maju.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾




