



Alhamdulillah, mengunjungi YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau antara tokoh yang lama berkecimpung dan berpengalaman luas dalam politik berasal dari Perak. Bertukar-tukar fikiran dan mendengar perkongsian pengalaman.















Terdahulu, berlangsung sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan penuh kemeriahan dan suasana kekeluargaan pada 24 April 2025 (Khamis), bertempat di Perkarangan Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (PMX), Perdana Menteri Malaysia, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, dan YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN yang bukan sahaja menyantuni warga kerja KDN bahkan turut beramah mesra bersama dengan para tetamu yang hadir.
Penganjuran majlis ini mencerminkan semangat Malaysia MADANI, memperkasakan nilai kebersamaan, kasih sayang, ihsan serta perpaduan dalam kalangan warga perkhidmatan awam di samping turut menjadi medan mengeratkan silaturrahim, menyemai budaya mesra rakyat dan memperkukuh hubungan antara kepimpinan negara dengan penjawat awam.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾




