




Bertemu dengan sahabat saya, Dr. Ermin Sinanović, Pengarah Eksekutif, Center for Islam in the Contemporary World (CICW) di Shenandoah University, Amerika Syarikat (AS). Lama sungguh tidak bertemu.
Saya pernah ziarah beliau di Washington pada 2014, semasa berkhidmat di New York. Kami berbincang meneroka beberapa projek usahasama khususnya latihan profesionalisme imam dan pimpinan masjid.
Pengalaman dan amalan pengurusan dan profesionalisme masjid di Amerika begitu juga perkongsian amalan terbaik di Malaysia digabungjalinkan – bagi menghasilkan kursus atau program terbaik. Sempat juga berbual dengan Dr. Ermin mengenai perkembangan terkini di AS.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾




