
YB TMA Tampil dalam Forum Solusi Kesihatan Mental – SMILED di Universiti Malaya
May 3, 2025
YB TMA Sertai Mesyuarat Khas Parlimen & Persidangan di IAIS
May 5, 2025




















Sebaik tiba dari beberapa program di Perlis, saya singgah sebentar ke sebuah majlis di Kuala Lumpur, sebelum menuju ke Masjid UPM, Serdang untuk memberikan penghormatan terakhir buat pejuang dakwah yang berjasa, Almarhum Tn. Hj. Shahrul Aman Mohd Saari.
Merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah sahabat saya, Hj Shahrul Aman yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia. Beliau merupakan seorang aktivis dakwah yang baik dan banyak mengorbankan usianya, demi kemaslahatan ummah.
Almarhum yang merupakan bapa kepada lima orang anak, juga pernah menjadi setiausaha kepada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Beliau merupakan seorang aktivis berjiwa kental dan pendakwah yang mampu merangkul kepelbagaian dan kosmopolitan tanpa melunturkan identiti perjuangannya.












Ramai sungguh yang hadir menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir. Masjid UPM dilimpahi ratusan sahabat Almarhum, yang datang dari jauh dan dekat – untuk memberikan penghormatan terakhir.
Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
إنا لله وإنا إليه راجعون اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ





Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.
Al-Fatihah.





