


















Alhamdulillah, hadiri Mesyuarat Khas Parlimen menghimpunkan Ahli Parlimen, Senator Dewan Negara termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri. Meriah Parlimen hari ini! Hanya beberapa Ahli Parlimen sahaja yang tidak hadir.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) memberi penerangan berkenaan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dan tindak balas kerajaan dan penyelarasan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang. Walaupun Mesyuarat Kedua Parlimen 2025 akan bersidang pada 23 Jun ini, kerajaan mengambil langkah pro-aktif mengadakan Mesyuarat Khas ini.
Mesyuarat Khas hari ini diadakan atas permintaan PMX, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), bagi membolehkan isu-isu semasa yang mendesak dan memberi kesan langsung kepada rakyat dibahaskan secara menyeluruh.
PMX sendiri menyampaikan penjelasan dan penerangan. Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Madani memandang serius terhadap tindakan pengenaan tarif timbal balas oleh AS.
Kerajaan berpendirian bahawa sebarang cabaran terhadap hubungan perdagangan perlu ditangani secara pragmatik dan berteraskan kepentingan negara, di samping mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dagang Malaysia.













Ambil ruang sebentar untuk menghadiri Asia Pacific Leadership Conference di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Kuala Lumpur. Ramai ilmuwan, pimpinan masyarakat, aktivis dan NGO Islam dari pelbagai negara hadir dalam persidangan kali ini.
Bahagia dapat bertemu sahabat-sahabat dari United Kingdom, Turkiye, Qatar, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Indonesia dan ramai lagi. Alhamdulillah, persidangan telah mengisytiharkan Resolusi 20 Perkara yang menyeluruh dan penting. Tahniah IAIS Malaysia dan semua.













Usai di IAIS untuk Program The Asia Pasific Leadership Conference, terus kembali ke Parlimen untuk mengikuti perbahasan isu Tarif bersempena Mesyuarat Khas Parlimen. Seramai 23 Ahli Parlimen berbahas dan YB Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, membuat penggulungan.
Isu tarif ini benar-benar menguji keanjalan dan daya tahan ekonomi Malaysia termasuk kebijaksanaan diplomasi bagi mengimbangi kepentingan yang pelbagai serta mengurangkan kebergantungan kepada sesebuah negara.
Alhamdulillah, setakat ini usaha dan strategi kerajaan telah membuahkan hasil antaranya seperti pertumbuhan eksport ke negara ASEAN telah meningkat sebanyak 4.2% dan Kesatuan Eropah (EU) telah meningkat sebanyak 2.6%.
Manakala pertumbuhan eksport ke pasaran bukan tradisional pada tahun 2024 juga telah melonjak seperti Mesir sebanyak 53.6%, Pakistan sebanyak 29% dan Kemboja sebanyak 30.1%.
Selain itu, kerajaan melaksanakan beberapa strategi jangka masa pendek, sederhana dan panjang:
1. Penyelarasan dasar berkaitan perdagangan melalui Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) dan memantau petunjuk utama ekonomi;
2. Rundingan Penyelesaian Tarif Timbal Balas Dengan Amerika Syarikat;
3. Membantu pengeksport yang terjejas khususnya PKS;
4. Menggalakkan kerjasama serantau dan pasaran baharu;
5. Mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dan kelulusan Kerajaan termasuk untuk pelaburan; dan
6. Meneruskan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI dalam memperkukuh daya tahan dan daya saing ekonomi negara.
Seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu hati mendepani cabaran yang semakin kompleks dan rumit.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾




