YB TMA Tampil dalam Forum Solusi Kesihatan Mental – SMILED di Universiti Malaya

YB TMA Adakan Lawatan Kerja di Kuala Pilah & Ampangan, Negeri Sembilan
May 3, 2025
YB TMA Beri Penghormatan Terakhir Buat Almarhum Hj Shahrul Aman
May 3, 2025
YB TMA Adakan Lawatan Kerja di Kuala Pilah & Ampangan, Negeri Sembilan
May 3, 2025
YB TMA Beri Penghormatan Terakhir Buat Almarhum Hj Shahrul Aman
May 3, 2025
Show all

YB TMA Tampil dalam Forum Solusi Kesihatan Mental – SMILED di Universiti Malaya

Menghadiri dan menjadi Panel Forum Simposium Solusi Kesihatan Mental daripada Pendekatan Dakwah (SMILED) ASEAN 2025, di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kali ini saya sepentas bersama sahabat saya, Prof. Dr. Ruzita Md Amin dan pelajar saya di IIUM, Sdra. Nur Arif Jasmin.

Sempat juga adakan pertemuan ringkas bersama Timbalan Menteri di Kementerian Wanita Kemboja, YB Man Chinda.

Sdra. Nur Arif merupakan pelajar autisme UIAM yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah. Beliau juga adalah penulis buku “Fiqh Autisme Kajian: Islam dan OKU Ikon Anak Istimewa Selangor”. Seronok dapat berbual dan sepentas buat kesekian kalinya dengan Sdra. Nur Arif.

Banyak yang saya ingin kongsikan mengenai tajuk dan tema perbincangan. Saya melontarkan pandangan relevannya Madani dan dasar serta program berkaitan bagi membina komuniti sejahtera serta memupuk perpaduan dan keharmonian.

Selain memetik Ibnu Khaldun, Al-Farabi dan penulisan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sendiri. Saya juga mengulas buku “Creating a Learning Society” oleh Joseph Stiglitz. Menarik kerana Stiglitz menyebut bahawa ‘learning and knowledge creation (not capital accumulation) are the primary drivers of long-term economic growth and development‘.

Menyentuh aspek keinklusifan, saya menekankan kepentingan mewujudkan ekosistem yang menyeluruh bagi menyediakan akses yang adil dan saksama kepada semua golongan termasuk OKU.

Bukan hanya akses kemudahan, tetapi pendidikan, pengajian agama, pekerjaan dan peluang-peluang yang bersesuaian. Tahniah YADIM, APIUM dan semua yang menganjurkan SMILED 2025.

Usai program SMILED 2025 di Universiti Malaya, saya singgah sebentar di IAIS Malaysia, untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang sedang membincangkan penganjuran siri Sidang Meja Bulat dan Persidangan sepanjang tahun ini.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala permudahkan segalanya.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support