











Alhamdulillah, penuh aktiviti dan program bersama masyarakat di sekitar Kuala Pilah dan Ampangan. Terus bersemangat untuk berkhidmat sebaiknya, insya-Allah.
Daripada Wacana Minda Madani bersama guru-guru Pendidikan Islam KPM; Lawatan Rasmi ke Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah; Majlis Aidilfitri Madani dan Penyampaian Sumbangan YAPEIM Negeri Sembilan; dan Dialog Minda Madani Bersama Pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) Dakwah Negeri Sembilan.







Dialog Minda Madani Bersama Pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) Dakwah Negeri Sembilan telah dianjurkan dengan kerjasama antara YADIM, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Ia bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan dan NGO serta memperkasa peranan dakwah dalam membina masyarakat berteraskan nilai Madani. Seramai lebih 100 peserta terdiri daripada wakil NGO dakwah di Negeri Sembilan seperti ABIM, HALUAN, WADAH, MIRA dan sebagainya hadir ke program ini.
Antara pengisian utama ialah sesi dialog yang membincangkan usaha kerajaan dalam menerajui agenda Malaysia Madani, serta inisiatif menangani salah faham dan kekeliruan yang timbul dalam masyarakat berkaitan konsep tersebut, khususnya di media sosial.
Dialog ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan pemahaman yang tepat serta kerjasama antara badan bukan kerajaan dakwah dan agensi kerajaan dalam menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat.
Turut diadakan ialah sesi soal jawab yang melibatkan interaksi secara langsung antara peserta dan panel, sekali gus memperkayakan wacana dan membuka ruang perkongsian pandangan secara terbuka dan konstruktif.
Saya zahirkan penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program-program yang saya hadiri.
Moga menjadi amal soleh dan diberkati segala usaha dan bakti. Amiin.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾