Malaysia Madani, Masyarakat Membaca, Berbudaya Ilmu – YB TMA

YB TMA Harungi Jadual Padat dalam Lawatan Kerja ke Kelantan
June 1, 2025
YB TMA Tampil dalam Perkampungan Seni Khat Peringkat Kebangsaan, di Riyadh Restu
June 2, 2025
YB TMA Harungi Jadual Padat dalam Lawatan Kerja ke Kelantan
June 1, 2025
YB TMA Tampil dalam Perkampungan Seni Khat Peringkat Kebangsaan, di Riyadh Restu
June 2, 2025
Show all

Malaysia Madani, Masyarakat Membaca, Berbudaya Ilmu – YB TMA

PBAKL telah melabuhkan tirainya. Setiap tahun ia sememangnya dinantikan.

Saya cuba menerbitkan buku bersempena PBAKL setiap tahun dan sekian lama sudah terlibat dalam siri wacana buku di pentas utama dan pentas di reruai penerbit seperti Ilham Books, ABIM Press, DBP, MAPIM, Pelita Dhihin dan lain-lain.

Termasuk tahun ini, walaupun jadual padat dengan amanah baharu, masih sempat menulis dan menyunting beberapa buah buku. Saya juga sedang menyiapkan buku mengenai pengalaman terjun dalam dunia pentadbiran negara.

Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah mengumumkan Baucer Buku Madani diperluaskan kepada lebih 400,000 guru. Dalam masa sama, pemberian Baucer Buku Madani kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

PMX sememangnya seorang pencinta buku. Budaya ilmu bukan sekadar membaca tetapi ia menuntut keseluruhan ekosistem itu sendiri.

Penerbitan, penyelidikan dan kajian, percetakan, penulis, penterjemah, penyunting, pewasit, penilai, penyemak, ‘proofreader’, pentashih, pentahqiq, perundangan, hakcipta, pengelola pesta buku, pendana, kedai buku, perpustakaan dan yang juga sangat penting ialah – pembaca terutama pemimpin yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Malaysia Madani, Masyarakat Membaca, Berbudaya Ilmu.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support