
YB TMA Tampil Dalam Majlis Qurban Bersama Komuniti, Di Seremban
June 11, 2025
Tangisan Dalam Pelukan Sultan Nazrin, Tuanku Zara Gamit Air Mata Rakyat
June 11, 2025












Menghadiri Karnival Peduli Komuniti Madani (KAPKOM) 2025 bersama Orang Asli di Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam, Rengit, Johor. Turut hadir YB Tuan Haji Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat; Pengarah JAKOA Johor; Pengerusi WADAH Johor; Pengarah YADIM Johor; ABIM Johor; Kesatuan Pelajar Islam Johor, YAPEIM; UTHM juga termasuk sukarelawan dari Singapura.
Kami disantuni Tok Penghulu Sirun dan Tuan Khalif Sirun, Ketua Kampung yang merupakan anak tempatan di sini. Majlis kali ini menyaksikan 5 ekor lembu korban dan sumbangan barangan keperluan kepada lebih 180 penerima serta jamuan khas yang disediakan.
Kami dimaklumkan ini merupakan program sebegini julung-julung kalinya diadakan di Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam. Suasana sungguh meriah.






Saya sempat meninjau keadaan kampung dan surau yang menjadi pusat komuniti di sini. Kampung ini terkenal kerana terdapat banyak kedai menjual barangan terpakai dari Singapura.
Sewaktu ditanya oleh pihak media, saya tegaskan bahawa pelaksanaan ibadah korban di negara ini sentiasa berpandukan hukum syarak serta dipantau oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi memastikan segala proses penyembelihan dilakukan mengikut ketetapan agama dan undang-undang.
“Saya nasihatkan semua pihak… Tidak kiralah dia itu artis atau orang awam, berhati-hatilah ketika mengeluarkan kenyataan. Usahlah membuat ulasan berkaitan isu ini. Ibadah korban telah lama dijalankan tanpa sebarang isu, tiba-tiba ia dibangkitkan. Janganlah timbulkan lagi perkara ini.”
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





