YB TMA Hadiri Syarahan Perdana Prof. Diraja Syed Naquib Al-Attas, Di Universiti Malaya

Lawatan Kerja YB TMA ke Tg Malim & Trolak, Perak
June 16, 2025
Tahniah, ABIM Perak Diobat Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2025
June 16, 2025
Lawatan Kerja YB TMA ke Tg Malim & Trolak, Perak
June 16, 2025
Tahniah, ABIM Perak Diobat Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2025
June 16, 2025
Show all

YB TMA Hadiri Syarahan Perdana Prof. Diraja Syed Naquib Al-Attas, Di Universiti Malaya

Usai program di UPSI dan Felda Trolak, Perak, saya terus bergegas ke Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya untuk menghadiri Syarahan Perdana ‘Islam: The Covenants Fulfilled’ oleh Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Mendengar Syarahan Prof. Syed Naquib al-Attas – guru dan filasuf bangsa; sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan.

Beliau merupakan seorang intelektual ulung bertaraf dunia, yang telah memperkaya tamadun Islam melalui pelbagai bidang seperti sejarah, semantik, falsafah, metafizik, kesusasteraan, serta kajian tamadun.

Prof. Syed Naquib al-Attas juga sekali lagi menegaskan bahawa istilah ‘madani’ berkait rapat dengan ‘Madinah’ dan ‘tamadun’.

Istilah ini digunakan dalam konteks pembinaan peradaban yang berteraskan nilai-nilai akhlak mulia dan luhur. ‘Madani’ dikaitkan dengan Madinah kerana Madinah melambangkan masyarakat berakhlak tinggi yang menjadi penanda aras kemajuan sesebuah masyarakat.

Saya merasa sangat beruntung kerana masih diberikan peluang untuk belajar dan berguru dengan tokoh ilmuwan hebat dan terbilang. Terus menuntut ilmu sehingga ke akhirnya, insya-Allah.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBerkerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support