
YB TMA Hadiri Syarahan Perdana Prof. Diraja Syed Naquib Al-Attas, Di Universiti Malaya
June 16, 2025
YB TMA Sertai Dialog Islam-Konfusianisme, Komited Perkukuh Harmoni Global
June 18, 2025






Tahniah ABIM Negeri Perak, yang dinobat sebagai pertubuhan belia terbaik Malaysia kebangsaan tahun 2025. Mereka diumumkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2025 (Kategori Pertubuhan Belia), yang disampaikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX).



Sempena Hari Belia Negara baru-baru ini, pimpinan ABIM Perak dan pimpinan ABIM di beberapa buah negeri turut diberikan penghormatan membacakan khutbah di beberapa buah masjid seluruh negara. Kebetulan beberapa pimpinan ABIM Perak turut serta dalam sesi kunjung hormat di pejabat saya tempohari.

Setinggi tahniah! Semoga ABIM Perak terus kukuh menggerakkan usaha dakwah dan program kebeliaan dengan semangat Gerakan Ilmu dan Bakti. Hidup Biar Berjasa!
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾





