
Jelajah YB TMA di Negeri Di Bawah Bayu, Menyantuni Warga Sabah
July 5, 2025
Dakwah Lapangan – YB TMA Takluki Puncak Maragang, Sabah
July 8, 2025
















Satu penghormatan tertinggi apabila YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) diundang untuk menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne, Perancis. π²πΎπ«π· Universiti Sorbonne antara universiti tertua di dunia, sebuah institusi tersohor ditubuhkan pada 1257M yang menyumbang dan membentuk tamadun Perancis dan pemikiran dunia moden.
PMX menyampaikan syarahan bertajuk βSoutheast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagementβ.
Walaupun terus difitnah dan ditohmah, PMX terus istiqamah bekerja dan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Sedih juga apabila melihat status mereka yang menuduh dan memperkecilkan usaha-usaha ini.
Kritikan dan teguran adalah bermanfaat untuk penambahbaikan tetapi bukan memfitnah dan menyebarkan berita tidak benar.







Saya punya pengalaman beberapa kali mengiringi PMX dalam lawatan rasmi di luar negara dan menyaksikan sendiri betapa kuatnya beliau bekerja untuk negara. Tenaga, stamina dan semangat beliau umpama orang muda. Jadual begitu padat kesemuanya adalah strategik. Langsung tiada masa untuk beli belah atau main golf.
Jika ada sedikit masa terluang pun, PMX akan melakukan riadah dengan senaman seperti berjalan pantas. Pertemuan demi pertemuan rasmi dan tidak rasmi dari pimpinan politik, korporat, gerakan masyarakat sivil, ahli akademik, ilmuwan, ulama, pimpinan masyarakat, pelajar, diaspora Malaysia, universiti, masjid dan lain-lain dilakukan sepanjang lawatan.
Selain itu, perjuangan Palestin juga tidak pernah dilupakan PMX.





































Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanan dalam kapal terbang juga diisi dengan membaca dan membaca. Membaca akhbar dan majalah perdana dan antarabangsa, membaca buku-buku dalam pelbagai bidang dan tema.
Selebihnya PMX akan membaca dokumen-dokumen kerajaan yang memerlukan penelitian dan semakan. Dalam kesibukan dan kepadatan jadual, solat sememangnya sentiasa dijaga.
Ini adalah pemerhatian ikhlas saya berdasarkan sedikit pengalaman yang ada. Saya sedang menulis pengalaman berharga ini dan bercadang menerbitkannya satu hari nanti, insya-Allah.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πͺ
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
π€²π²πΎ
#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah