Dakwah Lapangan – YB TMA Takluki Puncak Maragang, Sabah

Penghormatan Besar – PMX Sampaikan Syarahan Umum Di Universiti Sorbonne, Perancis
July 5, 2025
Lawatan Kerja YB TMA ke Sabah, 3 hingga 6 Julai 2025
July 8, 2025
Penghormatan Besar – PMX Sampaikan Syarahan Umum Di Universiti Sorbonne, Perancis
July 5, 2025
Lawatan Kerja YB TMA ke Sabah, 3 hingga 6 Julai 2025
July 8, 2025
Show all

Dakwah Lapangan – YB TMA Takluki Puncak Maragang, Sabah

Dakwah tidak semestinya berada di dalam bilik berhawa dingin semata-mata, sebaiknya turun sendiri ke lapangan. Dalam masa yang singkat, kami menyusun program dengan jadual padat bagi menyantuni warga Sabah di pedalaman, dan beriadah dengan mendaki Bukit Maragang di Kundasang, Sabah.

Inisiatif ini dilaksanakan delegasi pejabat saya dan YADIM Negeri Sabah pada 6 Julai 2025.

Dalam program yang juga melibatkan kakitangan Tabung Haji Negeri Sabah, ABIM Negeri Sabah dan ABIM Daerah Ranau itu, kami memulakan pendakian seawal jam 2:30 pagi sebelum tiba ke puncak 2,232 meter dari aras laut itu kira-kira dua jam kemudian.

YADIM Negeri Sabah diwakili Pengarahnya, Ustaz Tablin Sahri bersama pegawai dan kakitangannya.

Sambil mendaki kami laksanakan aktiviti sampingan iaitu menyerahkan sumbangan kepada surau berupa sejadah, telekung dan buku-buku bacaan zikir dan lain-lain. Kami masing-masing bawa barang-barang ini ke puncak.

Bukan sekadar menakluk Bukit Maragang, tetapi pada masa yang sama juga melaksanakan aktiviti membersihkan lokasi destinasi popular – tumpuan pelancong itu. Kami menjalankan aktiviti mengutip sampah kawasan sekitar puncak Maragang.

Setibanya di puncak, kami telah bergotong-royong membersihkan lokasi wajib pelancong ke Sabah ini sebagai satu sumbangan sosial kami.

Alhamdulillah, misi berjaya dengan semua pendaki menawan puncak Maragang tepat selepas waktu Subuh.

* Teringat pengalaman mengetuai misi menawan puncak Gunung Kinabalu bersama 5 pendaki OKU dan 18 pendaki pada 31 Ogos 2022.

Jom riadah; barulah selesa nak beribadah! ✊

Setelah Misi Mendaki Maragang selesai, kami terus ke Kampung Merungin 1, Ranau untuk program bersama komuniti. Kami adakan program asas sembelihan dan gotong royong masak memasak sesama orang kampung. Daei YADIM turut menyampaikan pengisian.

Turut diadakan pertandingan lumba rakit antara penduduk kampung. Memang terbaik. Saya sempat menaiki rakit dan terjun mandi sungai bersama anak-anak kampung di sini. Memang cantik dan indah suasana di kampung ini.

Program penutup diadakan di Surau Al Nur. Alhamdulillah, ramai yang hadir memeriahkan suasana. Kami dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak kampung di sini.

Diikuti dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang lumba rakit. Kami juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada Surau al Nur. Hebat dakwah YADIM di pedalaman. Diiringi doa setulusnya. Amiin.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#MadaniMembantu #RancakkanMadani
#SebarkanSalam #KitaKawan
#PelanAlFalah #KalimahTayyibah

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support