
YB TMA Sertai Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan Madani, Di Port Dickson
July 22, 2025
YB TMA Sertai Perjumpaan PMX Bersama Warga JPM
July 23, 2025













Alhamdulillah, Malaysia Bermunajat 2025 melakar sejarah sebagai sebuah platform keagamaan berskala besar yang menghimpunkan elemen spiritual, tazkirah, dan pemerkasaan ilmu, dalam usaha menyuburkan jiwa umat serta mengangkat budaya ilmu sebagai teras masyarakat MADANI.
Program anjuran bersama Pejabat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kerjasama JAKIM dan YADIM, bermula seawal jam 6:00 petang dengan sesi “Bicara Orang Muda” yang menampilkan Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, tokoh dakwah muda yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM dan Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation.
Kehadiran Maulana Syeikh Tariq Jamil, pendakwah terkemuka dari Pakistan, menambah keberkatan majlis apabila beliau menyampaikan bayan (ceramah) seusai solat Maghrib yang diimamkan oleh Syeikh Abdul Karim Al-Makki, Imam Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.









Kemuncak program menyaksikan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (PMX), yang menyertai jemaah untuk solat Isyak dan solat Hajat. Dalam ucapan beliau, PMX turut berkongsi bahawa majlis ilmu wajar menjadi medan yang perlu dimanfaatkan untuk memberi pencerahan serta kesedaran kepada umat manusia.
Sebagai simbolik kepada iltizam ini, Perdana Menteri telah merasmikan Peluncuran Halaqah Ilmu MADANI, satu platform berstruktur yang bakal menghidupkan budaya diskusi ilmu dalam bentuk halaqah di pelbagai peringkatl hingga ke komuniti akar umbi. Program diakhiri dengan doa penuh pengharapan agar Malaysia terus kekal sebagai negara yang sejahtera, diberkati dan dipandu oleh nilai-nilai ilmu, iman dan ihsan.















Alhamdulillah, Islam terus subur dan mekar di Malaysia. Suasana indah penuh ketenangan dengan semangat ukhuwah dan persaudaraan. Jelas nampak keakraban dan ukhuwah antara ulama dan umara.
PMX sendiri tampil dan menyantuni Syeikh Maulana Tariq Jamil, ulama terkenal Pakistan dan Tuan-tuan Guru Pondok serta alim ulama dari hampir 100 buah pondok seluruh Malaysia yang hadir.
Terharu melihat sokongan alim ulama dan tuan-tuan guru pondok terhadap PMX. Tuan Guru Syeikh Wazir Al-Makki Hafizahullah dalam ucapan ringkas, menceritakan hubungan baik beliau dengan PMX yang banyak membantu sejak dahulu lagi.
Syeikh Wazir menyampaikan perkongsian dan tawsiyah serta nasihat. Ribuan jemaah memenuhi ruang mengimarahkan Masjid Putra. Doa oleh Tuan Guru Hj Abdul Rahman di akhir Majlis sememangnya menusuk kalbu.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





