
Malaysia Bermunajat 2025: Meraih Berkat, Menyubur Ilmu
July 22, 2025
Menjunjung Adab, Menggalas Amanah – Catatan Tahun Kedua YB TMA di Parlimen
July 24, 2025







Alhamdulillah, saya menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai 2025 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.
PMX menekankan agar penjawat awam memahami dan menyampaikan dasar serta inisiatif kerajaan dengan tepat bagi memperbetul persepsi rakyat serta mengelakkan salah faham.












PMX juga menjelaskan bahawa Kerajaan Madani komited memperkukuh ekonomi melalui program seperti TVET dan pelaburan sektor pembuatan, sambil menjaga kestabilan fiskal, menurunkan kos sara hidup, serta mempertahankan institusi serta sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.







Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) bersama Warga Jabatan Perdana Menteri kali ini agak panjang mesej dan pesanan yang disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk mengulas perkongsian PMX dari sudut ekonomi, politik termasuk aspek perlembagaan dan kehakiman kerana sudah pasti banyak laporan yang diterbitkan akhbar arus perdana.
Saya merasakan perlunya meneliti pemikiran YAB PMX menerusi mukadimah ucapan beliau. Bahagian ini yang selalu tiada liputan oleh akhbar dan media. PMX menyebut lima nama besar tokoh pemikir dunia di awal ucapan antaranya Muhammad al-Ghazali, Malik Bennabi, Mortimer Jarome Adler, Allama Muhammad Iqbal dan Muhammad Natsir.
PMX mengungkap pandangan Muhammad Al-Ghazali tentang ‘Isti’mar Ruhi Wa Fikri’ iaitu penjajahan jiwa, roh dan pemikiran. Kemudian beliau menyebut Malik Bennabi yang terkenal dengan pandangannya mengenai ‘the notion of colonisability’ (colonisabilité).
Selepas itu, PMX memetik pemikiran sarjana dan failasuf besar dunia iaitu Mortimer Jarome Adler termasuk Allama Muhammad Iqbal. Tidak hanya merujuk tokoh dunia dari luar, PMX menyeimbangkannya dengan tokoh serumpun Nusantara dengan menyebut pemikiran Pak Natsir.










Hanya dalam masa beberapa minit secara langsung tanpa teks, sebelum memberikan penjelasan aspek ekonomi, politik dan lain-lain, PMX memulakan dengan gagasan pemikiran dan idea besar. Malik Bennabi menyatakan bahawa perubahan hanya akan berlaku apabila berlakunya perubahan dalam wilayah idea (realms of ideas).
“Ideas, as a whole, form an important part of the means of development in a given society. The various stages of development in such a society are indeed different forms of its intellectual developments.
If one of those stages corresponds to what is called “Renaissance”, it will mean that society at that stage is enjoying a wonderful system of ideas; a system that can provide a suitable solution to each of the vital problems in that particular society”. (Malik Bennabi)
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





