
Semarak Turath Islami 2025: Festival Ilmu & Ukhuwah di Selangor
July 22, 2025
Malaysia Bermunajat 2025: Meraih Berkat, Menyubur Ilmu
July 22, 2025






Alhamdulillah, menarik apabila Program Pemukiman Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan Madani kali ini, turut memasukkan sesi bersama komuniti. Sebanyak 143 orang terdiri daripada barisan jemaah menteri dan Ahli Parlimen menyertai Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan Madani, yang dianjurkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program melibatkan penyertaan anggota pentadbiran Kerajaan Madani itu sebagai usaha membina jaringan ukhuwah antara pemimpin dengan rakyat dalam suasana santai, inklusif dan penuh nilai kebersamaan. Inisiatif yang sangat bagus dapat merapatkan persaudaraan, dan memperkukuh perpaduan.








Kumpulan kami diketuai YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air – ditugaskan untuk bergotong royong di Masjid Kariah Depot RAMD, Kem Pusasda, Port Dickson.









Selepas program gotong-royong di Masjid PUSASDA, kami menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Pachitan, Port Dickson. Kami menaiki bas beramai-ramai ke destinasi. Majlis turut dihadiri YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan isteri, YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM I) dan TPM II, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen.
Nampak kemesraan penduduk kampung dengan pimpinan-pimpinan negara. Alhamdulillah, suasana sungguh meriah. Kami dihidangkan dengan makanan tradisi kulit lembu masak lemak cili api, kari kambing dan lain-lain. Turut diadakan jualan rahmah, agihan ayam percuma dan pelbagai program yang lain.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





