Menjunjung Adab, Menggalas Amanah – Catatan Tahun Kedua YB TMA di Parlimen

YB TMA Sertai Perjumpaan PMX Bersama Warga JPM
July 23, 2025
Dakwaan Palsu Islam Terancam Untuk Kaut Sokongan Perlu Dihentikan – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
YB TMA Sertai Perjumpaan PMX Bersama Warga JPM
July 23, 2025
Dakwaan Palsu Islam Terancam Untuk Kaut Sokongan Perlu Dihentikan – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
Show all

Menjunjung Adab, Menggalas Amanah – Catatan Tahun Kedua YB TMA di Parlimen

Alhamdulillah, saya hadir ke hari pertama Sidang Dewan Rakyat. Mendoakan moga sesi perbahasan akan lebih produktif dan positif serta berjalan dengan penuh tertib dan adab. Ini merupakan tahun kedua saya menghadiri Sidang Parlimen. Banyak ilmu dan pengalaman baharu yang bermanfaat.

Dalam masa setahun lebih, saya berpeluang menyaksikan dua kali pindaan Perlembagaan Persekutuan, penggubalan undang-undang baharu yang signifikan seperti Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan beberapa episod bersejarah di Parlimen.

Syukur, pengalaman pertama penuh bermakna, saya berpeluang membentangkan dua RUU yang telahpun diluluskan iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan 2024).

Sedang siapkan buku terkini antaranya perkongsian mengenai pengalaman di Parlimen, insya-Allah.

Sementara itu, hari kedua sidang Dewan Rakyat berlangsung dengan cemerlang. Seperti biasa, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) menjawab soalan dalam sesi PMQT setiap hari Selasa Jam 10 pagi. Saya cuba sedayanya untuk menghadirkan diri tanpa culas sesi Parlimen.

Alhamdulillah, setakat ini kehadiran penuh. Sekiranya ada urusan rasmi yang benar-benar tidak dapat dielakkan seperti tugasan di luar negara, saya akan pastikan memaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat. Doakan terus istiqamah.

Daripada Samurah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam bersabda:

أَدِّ الْأَمَانَةَ إِلَى مَنْ ائْتَمَنَكَ، وَلَا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ

Maksudnya: “Tunaikan amanah kepada siapa yang mengamanahkan kepada kamu dan jangan kamu khianat siapa yang mengkhianati kamu.” (Riwayat Ahmad (15424), Al-Tirmidzi (1264), dan Abu Daud (3534).

Saya turut mengadakan perbincangan dan semakan jawapan Parlimen bersama staf agensi JPM (Hal Ehwal Agama). Semua nampak komited dan tekun memberi khidmat sebaiknya. Soalan Ahli Parlimen selalunya adalah spesifik berkenaan dengan isu semasa dan perkembangan terkini. Saya cuba sedayanya memahami dan menguasai isu dan perkara yang dibangkitkan.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support