Bangkit Bersama: PMX, Era Perpaduan & Lonjakan Ekonomi Malaysia

Tiada cawangan TH ditutup – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
Musalla IOI City Mall: Bukti Islam Tak Pernah Terpinggir
July 30, 2025
Tiada cawangan TH ditutup – Timbalan Menteri Agama
July 24, 2025
Musalla IOI City Mall: Bukti Islam Tak Pernah Terpinggir
July 30, 2025
Show all

Bangkit Bersama: PMX, Era Perpaduan & Lonjakan Ekonomi Malaysia

Malaysia terus mendunia. Syukur, alhamdulillah. Terus bersama-sama fokus membina, bukan meruntuh. Terus mencorak masa depan, bukan mengeluh. Bukan sempurna, tetapi berusaha setulus dan sedayanya.

Selepas tempoh ketidakstabilan pasca normal (3 Perdana Menteri dalam 3 tahun), YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) berjaya membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil. Ia dibentuk atas titah nasihat SPB Yang di-Pertuan Agong, serta atas jiwa besar para pimpinan parti-parti gabungan yang mahukan yang terbaik buat rakyat dan negara tercinta.

Penyatuan pelbagai parti selepas PRU-15 ini, berjaya mengembalikan kestabilan politik negara. Kestabilan ini penting untuk menarik pelaburan, menjana ekonomi, dan merancang dasar jangka panjang.

Selain komited memperjuangkan reformasi institusi, PMX juga gigih mengusahakan visi jangka panjang melalui Ekonomi MADANI yang memberi tumpuan kepada ekonomi seimbang, keadilan sosial, dan pembangunan mampan.

PMX menekankan pelaburan dalam pendidikan, TVET, dan teknologi untuk masa depan negara. Lonjakan pelaburan dan ekonomi MADANI juga berjaya menarik pelaburan asing besar dan melaksanakan dasar ekonomi MADANI untuk reformasi fiskal dan pengurusan subsidi.

Pelaburan besar ke Malaysia semasa era PMX menumpukan kepada: pusat data dan Kecerdasan Buatan – AI (Microsoft, Amazon Web Services – AWS), Google, NVIDIA/YTL Power International Bhd); industri semikonduktor dan elektronik (Intel, Infineon, Micron); projek tenaga boleh diperbaharui; projek infrastruktur skala besar merentasi negeri; kerjasama strategik Malaysia dengan China serta Kesatuan Eropah; dan banyak lagi.

Ada yang bertanya mengapa Hutang Negara meningkat sedangkan Hutang Baharu menurun? Dalam konteks ini, Hutang Negara meningkat setiap tahun kerana komitmen hutang terdahulu.

Hutang Negara dijangkakan menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang mula berkurang. Itupun sekiranya mengikut unjuran dan strategi yang dilaksanakan serta tertakluk kepada perkembangan ekonomi secara keseluruhan.

Hutang Negara akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Oleh itu, kerajaan berusaha mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 5 peratus 2023.

Seterusnya kadar defisit terus dikurangkan kepada 4.3 peratus pada 2024 dan unjuran 3.8 peratus pada 2025. Dengan strategi ini jumlah Hutang Baharu kian menurun dan apabila jumlah hutang terdahulu juga sudah matang dan berkurang baharulah Hutang Negara menurun.

Hutang Baharu Menurun + Hutang Terdahulu Matang dan Berkurang = Hutang Negara Menurun.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support