Musalla IOI City Mall: Bukti Islam Tak Pernah Terpinggir

Bangkit Bersama: PMX, Era Perpaduan & Lonjakan Ekonomi Malaysia
July 30, 2025
YB TMA Bertemu Syeikh Tareq Alsuwaidan – Strategis Ummah yang Menginspirasi
July 30, 2025
Bangkit Bersama: PMX, Era Perpaduan & Lonjakan Ekonomi Malaysia
July 30, 2025
YB TMA Bertemu Syeikh Tareq Alsuwaidan – Strategis Ummah yang Menginspirasi
July 30, 2025
Show all

Musalla IOI City Mall: Bukti Islam Tak Pernah Terpinggir

Saya tunaikan Solat Jumaat di surau pusat beli-belah termuka tanah air, IOI City Mall di Putrajaya. Kami disambut oleh Jawatankuasa Musalla IOI City Mall Putrajaya, Sdra. Luqman dan Sdra. Aiman, kedua-duanya anak muda. Sempat juga hadiahkan produk istimewa daripada pasukan saya – Kopiah Madani.

Musalla IOI City Mall Putrajaya merupakan pusat beli belah pertama di Malaysia yang mendapat status Surau Jumaat. Masya-Allah, ramai sungguh yang datang solat di sini. Lebih 3,000 jemaah setiap kali solat Jumaat dan angka ini kian bertambah.

Dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Musalla, Sdra. Luqman bahawa ruang solat akan ditambah lagi dari masa ke semasa kerana bilangan jemaah yang semakin ramai.

IOI City Mall Putrajaya adalah pusat beli belah terbesar di Malaysia dengan lebih 14,000 ruang letak kereta. Setiap hujung minggu lebih 30,000 pengunjung dan ada kalanya mencapai lebih 43,000 pengunjung. Musalla IOI City Mall Putrajaya diimarahkan dengan pelbagai program dan ada bilal dan imam tetap yang bertugas.

Di seluruh negara, surau dan masjid bertambah, bukan berkurang.

Pusat beli belah pun sudah ada Surau Jumaat yang besar. Para tokoh ulama’ – tempatan dan antarabangsa; diraikan dan diambil manfaat serta ilmu mereka. Jika sebegini makmur pun masih ada lagi yang mengatakan Islam terancam, sememangnya ia tohmahan dan fitnah yang perlu dijauhi.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support