RMK 13 Merintis Masa Depan Malaysia Yang Gemilang – YB TMA

Alhamdulillah, mendengar dan meneliti Pembentangan RMK13 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX). Saya tidak mahu menyentuh angka-angka dan data-data yang dikongsikan. Biarlah orang lain yang mengupas dan mencerakinkannya.

Saya sangat berminat dengan pendekatan yang penuh berhikmah, memasukkan dan menerapkan nilai-nilai sejagat, adab, kerohanian, kemanusiaan dan Maqasid al-Shariah ke dalam perancangan negara RMK13.

Piagam Harmoni mengambil semangat Piagam Madinah juga bakal dibangunkan sebagai panduan keharmonian di Malaysia.

Ada 2 ayat al-Quran yang dirujuk oleh PMX dalam ucapan iaitu Surah al-ankabut ayat 69 dan Surah al-Baqarah ayat 143. Satu hadith berkenaan dengan hadith rahmah dan mahabbah. Juga memetik Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah.

Di samping mengakui kepentingan pelbagai sektor serta perkembangan teknologi seperti Kecerdasan Buatan, negara yang hebat memerlukan sistem sosial berteras akhlak dan nilai yang mampu menyatukan rakyat berbilang kaum, agama dan latar budaya dalam keharmonian.

Oleh itu, nilai adab, kerohanian dan kemanusiaan berasaskan Maqasid Syariah dan semangat hubbul watan perlu terus diperkuat sebagai asas
pembentukan masyarakat. Saya berhasrat mengupas RMK13 dari perspektif adab, nilai dan agama.

Negara menggubal dan melaksanakan Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) pada 1966. Sebelum itu adalah Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 dan Kedua 1961-1965.

Menarik dan mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Rancangan Ekonomi Setiap Lima Tahun ini sebenarnya diperkenalkan Soviet Union pada (1928–32) yang dimulakan oleh Joseph Stalin. Boleh disyarahkan perkara ini pada lain masa.

Rancangan Malaysia digubal dan diluluskan Parlimen setiap lima tahun serta dibentangkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Berbanding Belanjawan yang lebih fokus dan dilaksanakan dalam satu tahun, Rancangan Malaysia bersifat makro atau lebih umum, jangka panjang, dan menjadi asas kepada dasar pembangunan negara dalam jangka panjang.

Rancangan Malaysia adalah sangat penting kerana ia menjadi dokumen dan kerangka utama kepada pembangunan negara secara terancang dan menyeluruh.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support