Sekitar Ziarah Madani YB TMA Di Sandakan, Sabah

SEMASYAR 2025 Angkat Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang
August 5, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)
August 11, 2025
SEMASYAR 2025 Angkat Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang
August 5, 2025
YB TMA Hadiri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)
August 11, 2025
Show all

Sekitar Ziarah Madani YB TMA Di Sandakan, Sabah

Alhamdulillah, setibanya di Bumi Di Bawah Bayu dari KLIA, Sepang, kami terus memulakan program dengan ke gelanggang futsal untuk santuni anak muda di sini. Perlawanan Persahabatan Futsal menentang pasukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sandakan, Persatuan Guru Pendidikan Islam Sandakan dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah.

Kali pertama beraksi di Sandakan. Perlawanan berlangsung dengan meriah dan ceria. Bermain dengan anak muda sememangnya menguji stamina dan kecergasan. Terima kasih semua. Ada rezeki ketemu lagi. Jom riadah; barulah selesa nak beribadah!

Kami lanjutkan dengan program Komuniti Mahabbah Madani di Masjid Jannatun Naim, Sandakan. Forum Perdana Ehwal Islam dan majlis penyerahan sumbangan kepada penerima. Alhamdulillah, ramai yang hadir memeriahkan program. Semua tekun mendengar kupasan oleh panelis jemputan.

Forum Perdana membincangkan tajuk Perpaduan. Saya turut hadiahkan Kopiah Madani sebagai cenderahati.

Usai program, kami singgah minum malam bersama Dato’ Hj. Mohd Afendi Hj Hamdan dan Ustaz Hj. Mohammad Othman. Banyak yang kami bincangkan – antaranya mengenai dakwah dan pendidikan serta siyasah.

Kami sempat berbual dengan anak muda yang membuat persembahan di sini. Saya kenal kumpulan Mawar Busker ini sejak menghadiri Ramadhan Jazz di Sandakan sedari 2024 dan tahun ini. Anak-anak ini sememangnya berbakat besar. Sempat bertanya khabar dan berbual dengan mereka.


Program Subuh Macam Jumaat di Surau Al-Furqan, Kampung Sim Sim, Sandakan, Sabah. Alhamdulillah, ramai yang hadir termasuk anak muda, malah warga OKU. Bahagia dapat sarapan pagi bersama warga di sana.

Cukup terharu – ada peristiwa indah ketika saya menyampaikan kuliah dalam Program Subuh Macam Jumaat di Surau Al-Furqan, Kampung Sim Sim ini. Kehadiran tetamu istimewa – Adik Surian Shah, seorang bilal muda yang juga seorang OKU Penglihatan. Suaranya merdu, alunannya mendamaikan… Moga diberkati, insya-Allah.

Kami meneruskan lagi ke pulau seterusnya iaitu Kampung Tanjung Aru, Sandakan, Sabah. Kami mengadakan program di Masjid dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sini. Ada hampir 2,000 orang penduduk di sini yang majoritinya etnik Melayu Brunei.

Kampung Tanjung Aru ini sangat unik. Suasana dan kedudukan rumah di kampung ini umpama berada di Venice, dan memang cantik. Alhamdulillah, program berlangsung dengan penuh meriah dan kami dihidangkan dengan makanan tradisi di sini. Terima kasih APMM Zon Maritim Sandakan, PDRM dan pihak Tentera yang sudi mengiring pasukan kami.

Program Ziarah Madani diteruskan pula di Kampung Pulau Berhala, Sandakan, Sabah. Alhamdulillah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan membantu kami menyediakan bot untuk ke Pulau ini.

Syukur, dapat merasa naik bot berteknologi dan kelajuan tinggi. Terima kasih APMM dengan khidmat cemerlang membantu misi kami kali ini. Turut sama mengiring kami, pihak PDRM dan anggota tentera.

Ada lebih 3,000 penduduk yang tinggal di sini – majoritinya orang Bajau. Kami mengadakan program di Masjid dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk.

Suasana sungguh meriah ditambah dengan keceriaan anak-anak. Kelihatan anak-anak bebas mandi manda di laut tanpa takut dan gentar.

Alhamdulillah, saya merasmikan Bengkel Khat dan Penghasilan Karya di Sekolah Rendah Agama Negeri Tanjung Papat, Sandakan, Sabah. Bengkel ini menghimpunkan bakat muda penulisan khat dari Sabah. Setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat.

Setelah melihat hasil kerja anak-anak ini, saya rumuskan bahawa sememangnya mereka semua berbakat besar dan berpotensi untuk pergi lebih jauh terkehadapan. Hanya perlu bimbingan dan latihan seterusnya untuk menajamkan kemahiran dan daya cipta.

Sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur, sempat lagi hadir Program Bersama Agamawan Komuniti Madani di Sandakan, Sabah. Program ini menghimpunkan penggerak-pengerak komuniti yang bergiat aktif dalam masyarakat.

Diadakan kuliah, gotong royong dan pelbagai acara lain. Suasana meriah dan harmoni. Memang padat jadual, tetapi semuanya penuh bermakna. Alhamdulillah, syukur!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support