SEMASYAR 2025 Angkat Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang

RMK 13 Merintis Masa Depan Malaysia Yang Gemilang – YB TMA
August 4, 2025
Sekitar Ziarah Madani YB TMA Di Sandakan, Sabah
August 5, 2025
RMK 13 Merintis Masa Depan Malaysia Yang Gemilang – YB TMA
August 4, 2025
Sekitar Ziarah Madani YB TMA Di Sandakan, Sabah
August 5, 2025
Show all

SEMASYAR 2025 Angkat Agenda Pembangunan Islam Pulau Pinang

Alhamdulillah, saya menyampaikan Ucaptama sewaktu Majlis Perasmian Seminar Maqasid Syariah (SEMASYAR) Peringkat Negeri Pulau Pinang. Terima kasih atas undangan.

Seminar dirasmikan oleh sahabat baik saya, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Kami pernah sama-sama berkhidmat di Zurich Takaful sebagai penasihat Syariah.

Syukur, ramai sungguh yang hadir ke Seminar ini. Saya memuji penganjur dan hadirin yang memulakan Seminar tepat pada masanya.

Sambil bergurau, saya menyatakan bahawa kita selalu bicara Maqasid al-Shariah mengenai hifz al-din, Hifz al-aql, hifz al-nafs, hifz al-nasl dan hifz al-mal. Hari ini, saya ingin menambah satu lagi iaitu hifz al-waqt memelihara masa. Disambut dengan senyuman oleh para hadirin.

Ucaptama kali ini saya mengupas Maqasid al-Shariah dalam konteks era pasca normal. Saya juga cuba membawa gagasan khusus Maqasid Keamanan. Saya memetik karya al-Syeikh Ahmad al-Raisuni Maqsad al-Salam fi Syariatil Islam.

Dalam konteks dunia hari ini yang serba ketidaktentuan dan ketidakstabilan, Maqasid Keamanan ini adalah sangat penting untuk diarusperdana dan dibudayakan dalam kehidupan.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support