YB TMA Hadiri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)

Sekitar Ziarah Madani YB TMA Di Sandakan, Sabah
August 5, 2025
Jangan Perlekeh Usaha Noktahkan Kemiskinan Tegar – Timbalan Menteri Agama
August 12, 2025
Sekitar Ziarah Madani YB TMA Di Sandakan, Sabah
August 5, 2025
Jangan Perlekeh Usaha Noktahkan Kemiskinan Tegar – Timbalan Menteri Agama
August 12, 2025
Show all

YB TMA Hadiri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)

Sampai saja dari Program Ziarah Madani di Sandakan, Sabah, saya terus bergegas ke WTC Kuala Lumpur bagi menghadiri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA). MTHQA dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX).

MTHQA merupakan antara program Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa paling lama & paling prestij di dunia – mencecah 65 tahun. Pelbagai inisiatif diperkenalkan utk menghasilkan impak yg lebih baik menerusi MTHQA dari masa ke masa.

Ia bukan hanya pertandingan hafazan & tilawah tetapi merangkumi pelbagai inisiatif bermanfaat & berimpak besar. Tahun ini turut diadakan the World Quran Symposium 2025 seiring MTHQA.

Bukan itu sahaja, turut diadakan QuranBusker@BukitBintang menampilkan program berselawat sambil tadabbur al-Quran secara santai. JAKIM juga melancarkan kempen al-Quran di mana-mana sebagai usaha untuk membudayakan al-Quran.

Atas idea PMX, Kerajaan Madani telah melaksanakan Kempen Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran sebagai tindakan membakar al-Quran yang berlaku di Sweden. Tindak balas kita bukan menerusi kekerasan tetapi penuh hikmah menggunakan pendekatan dakwah bil hikmah.

Inilah Islam yang diperkasa melalui inisiatif berasaskan ilmu & dakwah. Di bawah kepimpinan PMX, Malaysia menganjurkan MTHQA & melancarkan ‘Mushaf Ummah’ dalam 30 bahasa dunia, menonjolkan pendekatan Islam yg berteraskan hikmah, penyebaran ilmu & rahmah.

Al-Quran yg diterjemah dlm Bahasa Ibunda negara masing-masing akan dicetak & diedarkan ke seluruh dunia. PMX setiap kali Lawatan Rasmi akan mengedarkan al-Quran terjemahan ini ke negara yg dilawati seperti Jepun, Brazil, Korea Selatan, Peru, Rusia dll.

Institusi Islam juga diperkukuhkan secara sistematik, bukan dipolitikkan. PMX memperkukuh JAKIM, Mahkamah Syariah dan institusi tahfiz & mengarusperdanakan Maqasid Syariah dalam dasar negara, menjadikan Islam sebagai teras pentadbiran negara — bukan alat retorik politik. Alhamdulillah, syukur kita jadi rakyat Malaysia.

Keesokan paginya, berjalan santai berdua selepas subuh di sekitar KLCC dan Kampung Baru. Sambil berjalan sambil berbual dan berkongsi cerita bersama Isteri tercinta, yang sentiasa setia memberikan sokongan.

Suasana indah dan damai. Kelihatan ribuan warga kota pelbagai bangsa termasuk pelancong melakukan riadah dan gaya hidup sihat. Setiap Ahad memang dilaksanakan program Car Free Morning atau Pagi Bebas Kenderaan di Kuala Lumpur.

Suasana penuh keharmonian dengan semua orang boleh berekreasi dan meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai merapatkan ukhuwah. Syukur, alhamdulillah. Malaysia terus aman dan sentosa.

Marilah sama-sama kita pertahan dan pelihara keamanan dan kestabilan Malaysia.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support