
YB TMA Hadiri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)
August 11, 2025
YB TMA Pengerusikan Mesyuarat Bersama Menteri Senegal, Di Tabung Haji
August 12, 2025
JANGAN PERLEKEH USAHA NOKTAHKAN KEMISKINAN TEGAR
Ada segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan dalam menoktahkan isu miskin tegar, kononnya “menoktahkan kemiskinan hanya sembang kosong”. Pertama, kerajaan komited membasmi golongan miskin tegar, bukannya miskin secara keseluruhan. Jadi Ahli Parlimen berkenaan perlu semak fakta semula.
Kedua, bukankah al-Quran menyuruh kita saling membantu dalam perkara baik, melalui firman-Nya {وتعاونوا على البر والتقوى}? Mengapa pula usaha yang baik yakni membasmi kemiskinan ini diperlekeh dan dipandang rendah?
Ketiga, beliau juga mendakwa kemiskinan itu merupakan fitrah yang Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah tetapkan. Tapi bukankah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam sendiri ajar kita berdoa supaya dijauhkan daripada kefakiran? Bahkan Baginda juga pernah bersabda “كاد الفقر أن يكون كفرا (Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran).” – Riwayat al-Baihaqi.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi juga berkali-kali menjelaskan, kemiskinan bukan suatu fitrah yang perlu diraikan, tapi satu masalah yang mesti diselesaikan. Walau sesukar manapun, kita wajib mencari jalan penyelesaian.
Maka jelaslah, orang yang memperlekeh usaha kerajaan membasmi kemiskinan inilah sebenarnya yang sembang kosong tanpa fakta.

Islam membasmi kemiskinan, bukan dalam erti kata memusuhi golongan miskin, tetapi membawa makna – berusaha ke arah menoktahkan kemiskinan, menyantuni mereka yang memerlukan dan mendorong kesejahteraan.
Islam mendorong umatnya agar berusaha dan berikhtiar – bekerja keras dan tidak bergantung kepada orang lain untuk keluar dari kemiskinan. Dalam Surah Al-Qasas (Ayat 77), dijelaskan bahawa Islam mengajar agar harta dan nikmat dunia dimanfaat serta diseimbangkan untuk kebahagiaan akhirat, selain menjauhi kezaliman dan kebakhilan.
Dalam Islam, pemerintah bertanggungjawab memelihara kebajikan rakyat dan berusaha ke arah menoktah dan membasmi kemiskinan. Islam mewajibkan zakat dan menggalakkan sedekah sebagai cara membantu golongan memerlukan dan mengagihkan kekayaan secara adil.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





