
PMX di Ijtima’ MADANI Ulama: Bangun Negara dengan Nilai, Bukan Sentimen
August 13, 2025
Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 Berlangsung Gemilang!
August 13, 2025Majlis Penutup Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447/2025 Berlangsung Cemerlang
















Sampai dari Ijtima Madani Ulama dan Umara Pondok Kelantan di UiTM Machang, terus bergegas ke World Trade Centre, Kuala Lumpur untuk Majlis Penutup Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa 1447/2025. Majlis sangat meriah – Dewan Merdeka dibanjiri peminat setia MTHQA.
Suasana begitu indah dengan alunan bacaan al-Quran oleh Syeikh Dr. Salah bin Muhammad Al-Budair, Imam Masjid an-Nabawi dan pemenang MTHQA, Sdra. Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, selain selawat dan qasidah oleh al-Rayyan dan peserta MTHQA.
Paling menarik perhatian saya ialah tadabbur dan mesej semasa penutup oleh pentadabbur dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Mesej padu mengenai perpaduan dan keamanan sangat menusuk dan mencerahkan.
Berbual dengan Syeikh Dr. Salah, beliau menyatakan kekagumannya dengan Malaysia dan mengucapkan tahniah atas penganjuran dan juga kemenangan besar iaitu 2 Johan Kategori Tilawah Lelaki dan Wanita dan 1 Naib Johan Kategori Hafazan Wanita.
Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi syabas dan tahniah kepada JAKIM dan semua agensi yang menjayakan MTHQA. Moga jadi amal soleh, insya-Allah.















Alhamdulillah, saya menyaksikan sendiri Syeikh Dr. Salah Muhammad al-Budair, Imam Masjidil Nabawi mendoakan secara khusus untuk YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX). Nampak jelas keakraban Syeikh Dr. Salah dan PMX. Selamat menyambut Hari Lahir kepada PMX.
Semoga terus diberi kesabaran, kesihatan, kebijaksanaan dan kekuatan untuk terus memimpin Malaysia dan umat, insya-Allah. Diiringi doa setulusnya.
Saya sedang menulis dalam buku terkini mengenai PMX dan pemikiran berdasarkan pengalaman berharga dalam dunia pentadbiran negara. Doakan.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





