Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 Berlangsung Gemilang!

Majlis Penutup Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447/2025 Berlangsung Cemerlang
August 13, 2025
YB TMA Tampil dalam NCF 2025; Fokus Perkukuh Strategi Jenama Berasaskan Data & Inovasi
August 18, 2025
Majlis Penutup Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447/2025 Berlangsung Cemerlang
August 13, 2025
YB TMA Tampil dalam NCF 2025; Fokus Perkukuh Strategi Jenama Berasaskan Data & Inovasi
August 18, 2025
Show all

Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 Berlangsung Gemilang!

@drzulkiflihasan

Hari pertama Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 di Port Dickson – dirasmikan oleh YDP YADIM dan dihadiri tokoh-tokoh terkenal seperti Sahibus Samahah Ustaz Fauwaz Fadzil Noor, Dr. Maszlee Malik dan YB Senator Dr. Mohd Redzuan Othman. Lebih 200 mahasiswa dari negara-negara Timur Tengah menyertai bagi memperkukuh jatidiri, fahami Gagasan Malaysia Madani dan tingkatkan kebolehpasaran graduan. Program ini adalah inisiatif bersama pasukan penganjur dan YADIM bagi melahirkan mahasiswa berwawasan dan bersedia memimpin masa depan negara. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ Selawat Atasmu – NowSeeHeart

Alhamdulillah, sekitar hari pertama Program Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025, yang berlangsung pada 4–6 Ogos di Port Dickson, dan dirasmikan oleh YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Dato’ Dr. Hasan Bahrom.

Diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh seperti oleh Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil Noor, Dr. Maszlee Malik dan YB Senator Dr. Mohd Redzuan Othman.

Seramai lebih 200 orang mahasiswa dari Timur Tengah dari pelbagai negara seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Algeria, Tunisia dan Maghribi – menyertai program ini bagi memperkukuh jatidiri, pemahaman Gagasan Malaysia Madani serta meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran graduan.

Program ini merupakan inisiatif pasukan saya hasil kerjasama Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, dengan harapan melahirkan mahasiswa berwawasan dan bersedia memimpin masa depan negara.

@drzulkiflihasan

Hari kedua Nadwah diisi dengan Bicara Kerjaya, LDK dan Dialog Pimpinan bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, dengan penglibatan aktif para mahasiswa. Turut hadir tokoh-tokoh penting termasuk wakil Majlis Hukama’ Muslimin dan pimpinan tertinggi YADIM. Mahasiswa digalakkan membina jati diri, kepimpinan beradab dan kembali menyumbang kepada pembangunan negara. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ Janji Kita – Mirwana

Hari kedua Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan berlangsung dengan cemerlang. Antara pengisian untuk seramai hampir 200 mahasiswa Timur Tengah ini ialah Kuliah Subuh dan Slot Bicara Kerjaya pada sebelah pagi dan kemudiannya disusuli pula Sesi Dialog Pimpinan bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Kesemua sesi berlangsung dengan penyertaan sangat aktif oleh para mahasiwa terlibat – yang seterusnya menyaksikan interaksi dua hala dan pencerahan berhubung pelbagai isu yang diajukan.

Antara yang hadir pada hari kedua – wakil rasmi Malaysia yang baharu dalam Majlis Hukama’ Muslimin, Ustaz Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang juga mantan Yang Dipertua YADIM; Yang Dipertua YADIM, Ustaz Datuk Dr. Hasan Bahrom; Timbalannya, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin; Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan ramai lagi.

Para peserta diingatkan agar memanfaatkan sepenuhnya peluang menimba ilmu di Timur Tengah bukan sekadar akademik, tetapi juga untuk membentuk jati diri, idealisme dan kepimpinan beradab.

Mahasiswa yang hadir juga digalakkan kembali menyumbang kepada pembangunan masa depan Malaysia dalam pelbagai bidang; sebagai pemimpin yang berilmu dan berakhlak.

@drzulkiflihasan

Meluangkan masa di Port Dickson bersama para peserta Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025, dalam sesi riadah santai seperti bola tampar dan bola sepak pantai. Aktiviti riadah mengeratkan ukhuwah, rehatkan minda, dan kukuhkan semangat anak muda untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ Inni Akhafullah – Mirwana

Di sela-sela sesi Parlimen yang padat, saya mengambil sedikit ruang untuk bergegas ke Port Dickson bagi menghadiri Nadwah Mahasiswa Timur Tengah. Saya menyertai pelajar-pelajar dalam sesi riadah petang bermain bola tampar, bola sepak pantai, dan permainan baling kasut.

Program Nadwah ini padat dengan pelbagai pengisian. Riadah santai ini dapat merapatkan ukhuwah dan rehatkan minda sambil membina jaringan. Memang seronok dapat berekreasi minda dan beriadah dengan anak muda, dengan suasana pantai yang indah dan mempesona.

Nampak semua bersemangat dan mendapat manfaat program Nadwah kali ini. Jom kerja dan terus fokus bangunkan negara.

@drzulkiflihasan

Majlis Makan Malam & Amanat Khas, Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan menghimpunkan mahasiswa cemerlang dari tujuh negara Timur Tengah. Diharapkan para mahasiswa menjadi aset negara dalam memperkukuh kefahaman Islam dan menyumbang kepada pembangunan ummah serta negara. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ Bila Nur Melimpah Di Hati – Rabbani
@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, Majlis Makan Malam & Amanat Khas Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Menghimpunkan mahasiswa cemerlang dari pelbagai negara Timur Tengah seperti Jordan, Mesir, Arab Saudi, Maghribi, dan Turkiye. Diharapkan mahasiswa ini menjadi aset negara dalam memperkukuh kefahaman Islam serta menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Alhamdulillah, sekitar Majlis Makan Malam & Amanat Khas, Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 anjuran bersama pejabat saya dan YADIM, yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis ini menghimpunkan mahasiswa cemerlang dari pelbagai negara Timur Tengah seperti Jordan, Arab Saudi, Mesir, Maghribi, Tunisia, Turkiye dan UAE.

Diharapkan mereka bakal menjadi aset negara dalam memperkukuh kefahaman Islam dan menyumbang kepada pembangunan ummah serta negara. Semoga usaha memperkasa peranan mahasiswa pada peringkat antarabangsa terus diberkati, insya-Allah.

@drzulkiflihasan

Dialog bersama pelajar Malaysia dari tujuh negara Timur Tengah berjaya mencapai kesepakatan terhadap Resolusi Nadwah 2025. Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 di Port Dickson menghimpunkan lebih 200 peserta dan menyaksikan komitmen untuk menubuhkan platform penyatuan gerak kerja mahasiswa. Rakan Siswa YADIM Arab Saudi turut diluncurkan, serta membuka ruang kerjasama dengan kementerian, agensi dan tokoh negara. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan
@drzulkiflihasan

Alhamdulillah, saya sertai Tazkirah Subuh dan Dialog bersama pelajar Malaysia dari tujuh negara Timur Tengah yang sepakat menyokong Resolusi Nadwah 2025. Nadwah berakhir dengan komitmen menubuhkan platform gerak kerja bersama dan pelancaran Rakan Siswa YADIM Arab Saudi bagi memperkukuh gerakan dakwah. Gerak kerja baru bermula. Gelombang baharu gerakan mahasiswa mahasiswi Timur Tengah. Doakan! ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ Senyum – Raihan

Saya tampil dalam sesi Penutup dan Dialog bersama para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, UAE, Tunisia dan Turkiye. Alhamdulillah, semua bersetuju dengan Resolusi Nadwah yang dibacakan oleh perwakilan pelajar dari kesemua tujuh buah negara di atas.

Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 di Port Dickson berakhir dengan komitmen peserta untuk menubuhkan platform penyatuan dan penyelarasan gerak kerja bersama antara mahasiswa di negara-negara Timur Tengah.

Program menghimpunkan lebih 200 mahasiswa Timur Tengah ini dianjurkan bagi membina rangkaian dengan kementerian, agensi kerajaan dan sektor korporat serta berdialog bersama tokoh dan pemimpin negara.

Program juga menyaksikan pelancaran Rakan Siswa YADIM Arab Saudi bagi mengukuhkan gerakan dakwah dalam kalangan mahasiswa.

Alhamdulillah, perancangan kami berjalan dengan baik mendapat kerjasama memberangsangkan pelbagai pihak. Bermula dengan pertemuan-pertemuan santai ziarah mahabbah, kami merancang mengadakan program khas untuk pelajar Malaysia di Timur Tengah.

Program untuk mempersiapkan pelajar-pelajar dengan perancangan kerjaya dan keusahawanan, kemahiran terkini, kepimpinan, etika dan adab al-ikhtilaf, penghayatan kenegaraan dan hubbul watan, jaringan kepintaran, bersama tokoh dan lain-lain lagi.

Kita sama-sama berusaha untuk mempersiapkan anak-anak ini sebaiknya. Perancangan penuh teliti dan strategik jangka masa pendek dan panjang telah disusun. Semoga usaha ini memberi impak dan manfaat yang besar. Doakan.

Gerak kerja baru bermula. Gelombang baharu gerakan mahasiswa mahasiswi Timur Tengah. Doakan!

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support