PMX di Ijtima’ MADANI Ulama: Bangun Negara dengan Nilai, Bukan Sentimen

YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Surau MADANI R&R Seremban (Arah Selatan)
August 13, 2025
Majlis Penutup Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447/2025 Berlangsung Cemerlang
August 13, 2025
YB TMA Tunai Solat Jumaat Di Surau MADANI R&R Seremban (Arah Selatan)
August 13, 2025
Majlis Penutup Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1447/2025 Berlangsung Cemerlang
August 13, 2025
Show all

PMX di Ijtima’ MADANI Ulama: Bangun Negara dengan Nilai, Bukan Sentimen

@drzulkiflihasan

Urusan kerja di Kelantan; disusuli ziarah keluarga dan kubur sahabat saya, Almarhum Hisham Fauzi – peguam rakyat yang sangat berjasa, dengan doa agar beliau ditempatkan bersama para solihin. Berkesempatan bertemu sahabat-sahabat lama di Kota Bharu selepas sekian lama tidak bersua. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ Alhamdu Lillah – Raef

Urusan kerja di Kelantan Darul Naim. Sampai sahaja di Lapangan Terbang, terus bergegas menziarahi keluarga sahabat yang saya hormati, Almarhum Hisham Fauzi – peguam rakyat yang sangat berjasa kepada umat. Turut hadir, sahabat-sahabat kami di Kota Bharu yang sudah lama tidak bertemu.

Selepas menziarahi keluarga, kami singgah sebentar ziarah pusara Almarhum yang berdekatan sahaja dengan rumah. Almarhum sering menjadi rujukan, khususnya dalam bidang guaman sivil. Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai tugas-tugas khas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sewaktu era Reformasi, beliau memegang jawatan Setiausaha Akhbar, Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) Sesi 1999/2000. Almarhum juga bekas Ahli Jawatankuasa Penggubal Enakmen Jenayah Syariah Kelantan sewaktu era Almarhum Tuan Guru Tan Sri Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Moga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

Sampai di Kelantan, ambil ruang untuk balik kampung dan ziarah ibu saudara yang uzur. Saya bermalam di rumah ibu saudara, dengan suasana kampung yang hening dan mendamaikan. Saya menghadiri Ijtima Madani Ulama dan Umara Pondok Kelantan di UiTM Machang. Syukur alhamdulillah, dapat menyaksikan perkembangan yang sangat baik berkenaan dengan institusi pondok.

Semasa kunjungan ke Pusat Pengajian Pondok YIK atas jemputan Syeikh Wazir al-Makki, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah mengumumkan bantuan sebanyak RM2.1 juta kepada Pusat Pengajian Pondok YIK. Alhamdulillah, terbaik Kerajaan Madani yang konsisten membantu sekolah agama rakyat dan pondok.

Hari ini diadakan Ijtima Madani Ulama dan Umara Pondok Kelantan. Julung-julung kalinya diadakan. PMX sendiri merasmikan Ijtima ini. Malaysia Madani, ulama dan umara berpisah tiada.

@drzulkiflihasan

Saya hadiri Ijtima Madani di UiTM Machang, Kelantan – dirasmikan oleh PMX dengan ribuan hadir, membincangkan pengukuhan institusi pondok sebagai benteng umat Islam. Ini adalah komitmen dan usaha berterusan Kerajaan Madani bersama agensi dan pimpinan pondok untuk melaksanakan gerak kerja berimpak tinggi demi memperkukuh pengajian pondok dan turath. ••• Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾 #MadaniBekerja #SebarkanSalam #KitaKawan #MadaniMembantu #RancakkanMadani

♬ original sound – Senator Dr. Zulkifli Hasan – Senator Dr. Zulkifli Hasan

Alhamdulillah, Ijtima Madani selamat dirasmi dilangsungkan dengan jayanya di UiTM Machang. PMX sendiri merasmikan dan menyampaikan Ucaptama. Ribuan yang hadir menyaksikan detik bersejarah ini. Beberapa idea dan gerak kerja seterusnya akan dilaksanakan bagi memperkasakan lagi institusi pondok yang disebut PMX sebagai benteng, tembok dan kubu umat Islam di kala diuji dengan penjajahan dan kini cabaran pemikiran.

Setinggi tahniah kepada YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf yang menerajui usaha ini. Masih ingat lagi kami bersama-sama pemikir-pemikir merancang untuk memperkukuhkan institusi pondok dan turath. Ijtima Madani ini adalah antara resolusi yang dipersetujui ketika itu dan usaha akan diteruskan lagi dengan gerak kerja yang lebih berimpak.

Tahniah juga kepada JAKIM, YADIM, MAIK, UiTM Machang, pimpinan Pondok dan semua yang terlibat menjayakan Ijtima kali ini. Moga diberkati segala usaha dan amal.

Bahagia melihat PMX dan YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud yang melawat Kedai #APFCStadium milik Sdra. Mohammad Amirullah Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak. Inilah politik damai, matang dan sejahtera – yang berlandaskan adab, rasional dan kerjasama demi kesejahteraan rakyat, tanpa perbalahan atau fitnah.

Mereka berdua menyampaikan nasihat, doa, dan sumbangan bagi membantu kos rawatan bapa Sdra. Amir yang sedang sakit. PMX hadir di Stadium Sultan Muhammad IV, beramah mesra dengan pengunjung bersama MB Kelantan. Semoga Sdra. Amir terus tabah dalam menghadapi dugaan, insya-Allah.

Sebelum berangkat pulang, sempat mengadakan perbincangan bersama sahabat-sahabat dari Terengganu yang mengusulkan beberapa inisiatif menarik. Nampak semua bersemangat untuk menyumbang dan berbakti.

Kita perlu berganding bahu dan terus fokus melakukan amal soleh bina negara bukan membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat. Saya hadiahkan buku Dialog Politik Islam sebagai tanda kenangan dan rujukan.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support