YB TMA Tampil dalam NCF 2025; Fokus Perkukuh Strategi Jenama Berasaskan Data & Inovasi

Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 Berlangsung Gemilang!
August 13, 2025
MAPPA 20: Amanat PMX & Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam
August 18, 2025
Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 Berlangsung Gemilang!
August 13, 2025
MAPPA 20: Amanat PMX & Aspirasi Baharu Perkhidmatan Awam
August 18, 2025
Show all

YB TMA Tampil dalam NCF 2025; Fokus Perkukuh Strategi Jenama Berasaskan Data & Inovasi

Menghadiri National CEO Forum 2025 pada 14hb Ogos 2025 dengan tema “Brand Growth and Focus 2026” anjuran CTOS Data Systems bersama KNKV Group dan Muslim Insiders Chamber of Commerce. Forum ini menghimpunkan 200 CEO dan pemimpin untuk merangka strategi jenama berasaskan data bagi tahun hadapan.

Saya hadir sebagai salah seorang panelis forum. Sudah agak lama tidak berforum sebegini. Rindu juga zaman sebagai ahli akademik yang sentiasa sibuk dengan majlis dan wacana ilmu. Alhamdulillah, dialog sangat interaktif dengan pelbagai soalan dan pandangan oleh peserta yang terdiri daripada ahli perniagaan dan industri.

Kajian antarabangsa mendedahkan jenama global kehilangan nilai belum direalisasi sebanyak U$D200 bilion dalam dua tahun akibat strategi jangka pendek dan kurang fokus terhadap pembangunan jenama jangka panjang.

Malaysia yang kini di tangga ke-36 Global Soft Power Index 2025 berdepan cabaran untuk memperkukuh daya saing jenama.

Terdahulu, saya sertai Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen. Selalunya PMQT adalah hari Selasa, tetapi dipindahkan ke hari Khamis kerana PMX menerima Lawatan Rasmi oleh Ketua Penasihat Bangladesh, Profesor Dr. Muhammad Yunus dan delegasi.

Walaupun sibuk, tetapi PMX tetap komited menunaikan amanah sebaiknya tampil di Parlimen menjawab dalam sesi PMQT setiap minggu sepanjang Dewan Rakyat bersidang. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pengajaran dan tauladan yang baik kepada semua.

Selesaikan pelbagai urusan kerja dan mesyuarat di Parlimen – sehingga malam. Ada waktu senggang petang, riadah sebentar di Gimnasium Parlimen. Kelengkapan terbaik dengan peralatan untuk senaman dan riadah; ditambah lagi dengan kemudahan sauna.

Kerja tetap jalan, riadah tetap istiqamah. Jom riadah; barulah selesa nak beribadah! 🚴‍♂️

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support