
Riadah Madani: Memelihara Alam, Menyubur Ruhani
September 1, 2025
Doa Buat Zara Qairina, Iktibar Buat Kita Semua
September 1, 2025







Menghadiri sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) bersama warga JPM di Putrajaya. Sebelum ini semasa pimpinan terdahulu, sesi ini diadakan di luar dewan dan secara berdiri dengan cuaca panas terik. Sehinggakan terdapat beberapa insiden penjawat awam termasuk Menteri yang tumbang dan pitam.
PMX mengubahnya dengan menambah baik – dan kini keadaan sangat selesa untuk mendengar amanat dan pesanan pimpinan negara. Diadakan di dalam dewan disediakan kerusi dan lebih kondusif. Nampak kecil tapi besar maknanya kepada ramai penjawat awam.












Saya meneliti ucapan PMX – bermula dengan gurauan pasukan Manchester United yang tewas dengan Arsenal walau bermain baik. PMX mengatakan dalam politik juga perlu begitu, berlapang dada berjiwa besar menerima kekalahan.
PMX juga menyentuh isu Almarhumah Zara dan Almarhum Wan Ahmad Faris; selain isu buli secara umum serta menyatakan komitmen penuh kerajaan untuk menanganinya.
Berita palsu dan hasutan yang mengganggu gugat keamanan dan keharmonian akan ditangani sebaiknya. PMX menyebut dua perkara penting dalam ucapan kali ini – iaitu “The Productivity Paradox” atau “Solow Paradox and the Culture of Contentment” yang dipopularkan John Kenneth Galbraith.
The Productivity Paradox ini merujuk kepada ketidakhubungan antara kehebatan dunia teknologi dan pertumbuhan produktiviti. Situasi ini pernah berlaku di Amerika di mana perkembangan dunia IT yang pesat tetapi pertumbuhan produktiviti adalah perlahan.
Mengulas The Productivity Paradox, PMX merujuk Laporan Mckinsey, “The State of AI“. Perkembangan teknologi seperti AI tidak menjamin pertumbuhan produktiviti.





Oleh itu, semua pihak perlu memastikan The Productivity Paradox ini tidak berlaku dengan mengambil kira semua faktor terutama tatakelola yang baik bagi menjamin pertumbuhan produktiviti negara. PMX meminta Ketua Setiausaha Negara untuk mengkaji impak Kecerdasan Buatan (AI) dan keberkesanannya terhadap perkhidmatan dan produktiviti kerajaan.
Hanya beberapa minit ucapan, ia benar-benar membuka dan mencerahkan minda. Bukan biasa-biasa.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡ Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾
#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani





