Digitalisasi Kuatkan Keadilan Perundangan Syariah – YB TMA

Belanjawan Madani 2026: Islam Terus Subur di Malaysia
October 14, 2025
Misi Sumud Nusantara & Freedom Flotilla buka mata dunia terhadap kezaliman Israel – YB TMA
October 14, 2025
Belanjawan Madani 2026: Islam Terus Subur di Malaysia
October 14, 2025
Misi Sumud Nusantara & Freedom Flotilla buka mata dunia terhadap kezaliman Israel – YB TMA
October 14, 2025
Show all

Digitalisasi Kuatkan Keadilan Perundangan Syariah – YB TMA

Hari pertama Sidang Dewan Rakyat. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas 2025. Saya menjawab soalan No. 10 dalam Sesi Pertanyaan Lisan. Alhamdulillah, berpeluang memberikan pencerahan terhadap isu mengenai akses keadilan dan inisiatif memperkukuh perlindungan hak dan kepentingan wanita.

Sebenarnya Malaysia memang terkehadapan malahan lebih ‘advance’ dari banyak negara lain khususnya pentadbiran dan sistem keadilan kehakiman Syariah.

Misalnya pelaksanaan pendigitalan sistem kehakiman Syariah dilaksanakan seperti Sistem E-Syariah, E-Nafkah, DIY E-filing, Perbicaraan Secara Atas Talian dan lain-lain merupakan inovasi yang sangat penting memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan.

Sistem E- Syariah boleh dimuat turun di apple app store, google playstore dan Huawei App Gallery yang membolehkan menyemak secara atas talian seperti status kes nafkah, perceraian, hak penjagaan anak, harta sepencarian, pelaksanaan perintah dan lain-lain tanpa perlu hadir ke Mahkamah.

Malaysia adalah negara yang sangat meraikan penyertaan wanita dalam sistem keadilan kehakiman Syariah. Seramai 199 pegawai Syariah wanita di seluruh Malaysia dari 576 jumlah keseluruhan.

Lebih membanggakan juga Malaysia mempunyai hakim wanita iaitu 33 hakim Mahkamah Rendah Syariah, 6 hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Malaysia adalah negara paling terkehadapan melaksanakan perkara ini. Ada banyak lagi yang boleh dikongsikan. Terus kerja, demi umat! ✊

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪⚡Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. 🤲🇲🇾

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support