Menyulam Damai di Bumi Bergolak – Malaysia Jadi Jambatan Keamanan Dunia

YB TMA Teruskan Momentum Solidariti Gaza; Kali Ini di Sandakan, Sabah
October 21, 2025
Di Balik Lembaran Ilmu: Menelusuri Pemikiran & Perjuangan PMX
October 22, 2025
YB TMA Teruskan Momentum Solidariti Gaza; Kali Ini di Sandakan, Sabah
October 21, 2025
Di Balik Lembaran Ilmu: Menelusuri Pemikiran & Perjuangan PMX
October 22, 2025
Show all

Menyulam Damai di Bumi Bergolak – Malaysia Jadi Jambatan Keamanan Dunia

Mendoakan moga keamanan dan kestabilan di Pakistan dan Afghanistan. πŸ‡΅πŸ‡°πŸ‡¦πŸ‡«πŸ‡²πŸ‡Ύ Peranan Malaysia pasti signifikan kerana sememangnya punya hubungan akrab dengan kedua-dua negara.

Alhamdulillah, Malaysia telah menunjukkan kepada dunia peranan ‘softpower’ Malaysia menjadi pemudahcara konflik antara Thailand dan Kemboja. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡ΉπŸ‡­πŸ‡°πŸ‡­ Lebih membanggakan, Malaysia adalah negara Islam contoh menjadi pemudahcara bagi solusi kedamaian dan keamanan kepada dua negara majoriti beragama Buddha.

Setakat pengetahuan saya, Malaysia satu-satunya negara Islam yang berjaya memainkan peranan strategik dan mendapat pengiktirafan bagi memudahcarakan penyelesaian konflik secara aman antara dua negara Majoriti Bukan Muslim. Dalam masa yang sama, Malaysia telah memperlihatkan prestasi hebat sebagai Pengerusi ASEAN.

Dalam konteks Pakistan-Afghanistan, semoga pengaruh Malaysia juga dapat memainkan peranan strategik dan signifikan ke arah penyelesaian konflik secara aman dan damai. Diiringi doa setulusnya. Moga keamanan dan kestabilan di Pakistan dan Afghanistan dapat dicapai sepenuhnya.

Saya sertakan keratan majalah dan akhbar lama yang antara lain melaporkan perjuangan PMX dalam isu Afghanistan sejak memimpin ABIM dan Majlis Belia Malaysia, di samping pertemuan PMX satu waktu dulu dengan dua tokoh Afghanistan, Profesor Burhanudin Rabbani dan Gulbuddin Hekmatiyar.

PMX mempunyai sejarah panjang dalam siri advokasi perjuangan Afghanistan sedari dulu hingga kini. Beliau aktif membawa suara umat Islam dalam isu-isu antarabangsa serta menjalin hubungan erat dengan tokoh-tokoh dan gerakan Islam global, termasuk menyokong perjuangan rakyat Afghanistan sejak era pencerobohan Soviet Union.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! πŸ’ͺ⚑Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia. πŸ€²πŸ‡²πŸ‡Ύ

#MadaniBekerja
#SebarkanSalam #KitaKawan
#MadaniMembantu #RancakkanMadani

Leave a Reply

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support